No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Golongan Berpendapatan Rendah Paling Terkesan dengan Pandemik Mengikut Laporan Buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2021

Telenisa, sebuah klinik bantuan guaman yang dikendalikan oleh Sisters in Islam (SIS) telah melancarkan
buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2021 yang mendedahkan isu yang dihadapi perempuan berkaitan
dengan Undang-undang Keluarga Islam. Bertempat di Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur, majlis
pelancaran ini dirasmikan oleh YB Senator Puan Fadhlina Dato’ Dr. Siddiq, Ahli Dewan Negara, mewakili
DUN Pulau Pinang dan YB Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya.


Khidmat Guaman Telenisa telah dilancarkan pada tahun 2003. Selama 19 tahun, Telenisa telah
membantu lebih daripada 10,000 perempuan dan lelaki daripada pelbagai latar belakang dan ia kekal
menjadi khidmat utama yang memberikan nasihat berasaskan hak asasi untuk Undang-undang Keluarga
Islam dan kesalahan jenayah Syariah di Malaysia.


Diterbitkan setiap tahun dari tahun 2016 oleh Sisters in Islam (SIS), buku Telenisa: Kajian dan Dapatan
merupakan usaha kami untuk mengetengahkan realiti kehidupan perempuan melalui pelbagai isu yang
mereka alami agar pelbagai pihak dapat memahami kepentingan pembaharuan dan penambahbaikan
hak perempuan dalam keluarga. Pada 2021, Telenisa telah menyalurkan perkhidmatan kepada 426 orang
klien, di mana 221 daripadanya merupakan klien berulang. Ini merupakan satu peningkatan dari tahun
2020 di mana 422 orang klien telah diberi perkhidmatan tetapi hanya 58 orang sahaja adalah klien
berulang. Pada tahun 2021, majoriti klien adalah perempuan, iaitu 392 orang (92%) dan 34 klien adalah
lelaki (8%).


Untuk memahami latar belakang kewangan klien Telenisa, mereka telah dibahagikan mengikut
pendapatan isi rumah mereka iaitu B40 (golongan berpendapatan rendah yang menerima pendapatan
tidak melebihi RM4,850 sebulan), M40 (golongan berpendapatan pertengahan yang menerima
pendapatan tidak melebihi RM4,851 hingga RM10,970) dan “tidak diketahui.” “Tidak diketahui”
bermaksud klien yang tidak memberitahu pendapatan isi rumah mereka.


Telenisa: Kajian dan Dapatan 2021 telah melaporkan beberapa dapatan yang menarik: 56% klien kami
bekerja sebagai staf sokongan dan suri rumah yang tergolong dalam golongan B40. Oleh kerana B40
adalah mereka daripada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna kebanyakan klien kami tidak
mampu untuk mendapatkan khidmat peguam kerana di Malaysia, perkhidmatan guaman terlalu mahal
dan tidak pernah dikawal. Mereka juga tidak mampu untuk membayar perbelanjaan lain seperti
perbelanjaan pengangkutan dan perbelanjaan penjagaan anak. Mereka juga sukar untuk mencari waktu
yang sesuai untuk berjumpa dengan peguam kerana mereka sukar mengambil cuti bekerja.


Telenisa juga melaporkan jumlah laporan yang tertinggi dalam kes keganasan rumah tangga iaitu
sebanyak 303 kes dilaporkan pada 2021. Ini merupakan suatu peningkatan dari tahun yang sebelumnya
di mana pada 2020, 99 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dan 199 kes dilaporkan pada tahun 2019.
Antara jenis keganasan yang tinggi yang dialami klien kami adalah penderaan psikologi atau emosi
dengan 129 kes, penderaan fizikal dengan 100 kes, penderaan sosial dan kewangan dengan dengan 30
kes dan penderaan seksual dengan 14 kes. Berdasarkan pemerhatian Telenisa, penderaan psikologi yang
dilakukan ke atas klien kami adalah dalam bentuk ugutan, penghinaan, memaksa rasa bersalah,
gaslighting dan manipulasi. Klien juga telah menyuarakan kebimbangan yang timbul berkaitan
permohonan untuk bercerai adalah kesukaran untuk menunjukkan bukti kepada Mahkamah Syariah
bahawa mereka telah mengalami penderaan psikologi.


Pada 2021, Telenisa telah satu isu baharu yang berkaitan hak jagaan anak semenjak 2018 iaitu, isu
berkaitan pendaftaran kerakyatan anak dan bagaimana ia akan mempengaruhi tuntutan ibu bapa
terhadap hak jagaan anak. Selain itu, pada 2019, pertanyaan mengenai hak lawatan direkodkan pada
88% akan tetapi, pertanyaan ini menurun pada 2020 kepada 39% disebabkan sekatan pergerakan ketika
pandemik.


Pada tahun 2021 juga, Telenisa telah melaporkan peningkatan dalam pertanyaan mengenai ta’liq
tambahan dengan 20 pertanyaan pada 2021 berbanding tahun 2020 dengan 3 pertanyaan dan 11
pertanyaan pada tahun 2019. Ini mungkin disebabkan perbincangan mengenai ta’liq di media sosial
sekitar tahun 2020 hingga 2021.


Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia membenarkan ta’liq tambahan. Namun demikian, telah
dilaporkan bahawa terdapat keengganan di pihak yang berkuasa untuk mendaftarkan ta’liq tambahan
untuk isteri walaupun telah dipersetujui oleh kedua suami dan isteri. Seperti contoh, klien telah
diberitahu bahawa untuk mendaftarkan ta’liq tambahan, mereka perlu melantik peguam Syarie untuk
mendapatkan kelulusan Mahkamah Syariah. Ini tidak benar kerana pendaftaran ta’liq tambahan tidak
memerlukan kelulusan Mahkamah Syariah kerana Pendaftar Perkahwinan hanya perlu mendaftarkan
ta’liq tambahan ini.


Klien juga telah melaporkan bahawa mereka telah dicemuh oleh Pendaftar Perkahwinan dan pegawai
agama apabila mereka bertanyakan tentang ta’liq tambahan. Mereka telah diberikan pelbagai alasan dan
telah diberitahu bahawa seorang isteri tidak mempunyai hak untuk melarang suaminya untuk
berpoligami dan untuk memasukkan syarat ini pada ta’liq isteri. Perkara ini amat membimbangkan
kerana penafian terhadap ta’liq tambahan ini adalah pelanggaran terhadap jaminan dan perlindungan
hak isteri yang telah dipersetujui oleh suami.


Peningkatan kes mengenai Undang-undang Keluarga Islam dan klien Telenisa merupakan sesuatu yang
amat membimbangkan dan menunjukkan betapa perlunya pembaharuan dan penambahbaikan
berkenaan Undang-undang keluarga Islam dan hak perempuan di dalam keluarga. Selama 30 tahun, SIS
juga telah mengadvokasikan Undang-undang Keluarga Islam dan Undang-undang Jenayah Syariah yang
mencakupi prinsip-prinsip keadilan, ehsan dan belas kasihan.


*Muat turun buku Telenisa: Kajian dan Dapatan 2021 dan infografik di sini:
https://sistersinislam.org/wp-content/uploads/2022/04/Telenisa_Statistics_and_Findings_2021_ENGLIS
H.pdf
(Buku – Bahasa Inggeris)
https://sistersinislam.org/wp-content/uploads/2022/04/Telenisa_Statistics_and_Findings_2021_BM.pdf
(Buku – Bahasa Melayu)
https://sistersinislam.org/wp-content/uploads/2022/04/Telenisa_Statistics_and_Findings_2021_Infogra
phic_English.pdf
(Infografik – Bahasa Inggeris)
https://sistersinislam.org/wp-content/uploads/2022/04/Telenisa_Statistics_and_Findings_2021_Infogra
phic_BM.pdf
(Infografik – Bahasa Melayu)


*Telenisa menerima konsultasi perseorangan melalui janji temu, panggilan video dan telefon serta
WhatsApp di 012-812 3424 setiap Selasa, Rabu dan Khamis dari 10 pagi sehingga 5 petang.

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email