No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

SIS, Legal Dignity dan JFS Melancarkan Laporan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019

Sisters in Islam (SIS), Legal Dignity dan Justice for Sisters (JFS) hari ini telah melancarkan sebuah laporan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019 yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2021.

Laporan itu memberi fokus kepada pindaan Enakmen tersebut yang kini mempunyai 68 seksyen; 33 seksyen baru ditambah daripada Enakmen 1985 yang dahulunya mempunyai 35 seksyen. Enakmen ini juga menjelaskan bahawa hukuman maksimum di bawah bidang kuasa mahkamah syariah adalah denda sebanyak RM5,000, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan.

Enakmen ini bermasalah, berlebihan, tidak perlu dan membazirkan sumber kerana ia memperkenalkan 31 bidang jenayah yang baru, yang kebanyakannya berada di luar bidang kuasa negeri dan melanggar hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara seksyen yang terkandung di dalam enakmen baru ini adalah mendedahkan aurat di tempat awam (Seksyen 23), penukaran gender[1] (Seksyen 19), sebarang bahan yang memabukkan (Seksyen 36) yang bertindih dengan Akta Dadah Berbahaya, derhaka kepada ibu bapa (Seksyen 33) dan lain-lain. Ia juga mengembangkan kuasa Mahkamah Syariah dengan memperkasakan mahkamah ini untuk menggantikan atau menambahkan hukuman “alternatif” seperti khidmat komuniti dan/atau pemulihan yang melangkaui apa yang dibenarkan di bawah Akta 355.

Dengan penguatkuasaan Enakmen 2019, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Mahkamah Syariah berkuasa untuk melaksanakan Enakmen tersebut dengan mengambil tindakan terhadap pelbagai bidang yang enakmen ini menghukum kerana ia membenarkan pengawalan dan campur tangan kerajaan dalam semua aspek kehidupan seseorang – daripada identiti, tubuh badan, kepercayaan, pemikiran dan kelakuan sehinggalah ke perhubungan yang dipupuk, lantas menjejaskan pelbagai golongan seperti perempuan, kanak-kanak, belia, individu LGBTQI, aktivis hak kemanusiaan dan lain-lain.

Laporan ini menganalisis Enakmen 2019 melalui kerangka hak kemanusiaan dan perlembagaan serta menjelaskan mengapa enakmen ini bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Persekutuan sedia ada yang lain seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Dadah Berbahaya dan lain-lain. Antara dapatan daripada laporan termasuk:

  • Peruntukan di bawah Enakmen 2019 bertindih dengan undang-undang sedia ada dalam peringkat Persekutuan dan perkara di dalam senarai Persekutuan, melanggar Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan bidang undang-undang yang boleh digubal Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Terdapat peruntukan di bawah Enakmen 2019 yang jelas mengganggu undang-undang Persekutuan sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Bahaya Berbahaya dan akta lain yang berkaitan dengan hal-hal komersial dan perbankan.
  • Kebebasan asas yang terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak kemanusiaan antarabangsa telah dicabar oleh Enakmen 2019 ini. Secara khususnya, ia akan mengganggu hak kebebasan beragama, hak untuk kehidupan termasuk hak kepada privasi, hak untuk hidup secara bermaruah, hak untuk mendapatkan mata pencarian, hak untuk hidup bebas daripada keseksaan; hak untuk kebebasan bersuara dan perkaitan akibat campur tangan kerajaan dalam semua aspek kehidupan seorang Muslim dan semua orang tanpa mengira latar belakang agama.
  • Selain itu, seksyen baru di bawah Enakmen 2019 ini menjadikan percubaan seks konsensual di antara seseorang tanpa mengira gender serta transgender dan individu-individu gender beragam berdasarkan identiti gender mereka. Ini melanggar prinsip-prinsip asas kesaksamaan dan tiada diskriminasi di bawah undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa.
  • Enakmen 2019 ini juga mengekalkan hukuman dera iaitu sebatan dan bidang yang diluaskan untuk sebatan sebagai hukuman yang dibenarkan. Ini merupakan pelanggaran undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019 ini merupakan pelanggaran hak kemanusiaan dan menyebabkan lebih banyak gangguan daripada kebaikan kerana undang-undang yang diusulkan akan menggalakkan keganasan, kemungkinan untuk menyalahgunakan kuasa dan diskriminasi terhadap komuniti rentan.

Muat turun Laporan


[1] Jantina atau ciri-ciri seksual dan gender digunakan bersilih ganti walaupun kedua-dua aspek ini berlainan tetapi saling berkaitan dalam manusia

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email