No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

RINGKASAN MEMORANDUM PEMBAHARUAN PROSES PERCERAIAN DAN TUNTUTAN SAMPINGAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH SYARIAH

Kemusykilan disuarakan dan cadangan dikemukakan mengenai isu-isu:

  • Perceraian;
  • Nafkah Isteri, Mut’ah dan Harta Sepencarian;
  • Jagaan, Lawatan dan Nafkah Anak,

serta mengenai

  • Khidmat Guaman dan Pembelaan Diri, serta
  • Pentadbiran dan Proses di Jabatan Agama dan Mahkamah,

dan juga pembaharuan dan kefahaman undang-undang serta kesedaran pada amnya.

I. Perceraian

Kemusykilan am yang disuarakan ialah sekiranya lelaki yang inginkan perceraian, ia sangat cepat dan mudah, tetapi, jika wanita yang menuntut cerai, ia sukar dicapai dan mengambil proses yang lama selagi suami tidak bersetuju dengan perceraian, walaupun rumahtaingga tesebut tidak dapat diselamatkan lagi.

II. Nafkah isteri, mut’ah dan harta sepencarian

Terdapat masalah tuntutan berasingan misalnya tuntutan khusus untuk mut’ah dan harta sepencarian. Terdapat tekanan yang menyebabkan isteri bersetuju tidak membuat tuntutan demi meperolehi persetujuan suami untuk perceraian. Tuntutan kewangan mengambil masa yang agak lama; terdapat masalah beban pembuktian pendapatan dan kemampuan suami dan masalah penguatkuasaan perintah mahkamah.

III. Jagaan, lawatan dan nafkah anak

Ada ibu yang mengatakan persetujuannya untuk memberi hak jagaan anak kepada bapa diperolehi semasa ia dalam keadaan tertekan. Ada bapa yang diberi hak jagaan semata-mata kerana ibu seorang muallaf.

Dalam kes anak di dalam jagaan ibu, ada bapa yang tidak membayar nafkah. Pihak ibu terpaksa membuka fail baru untuk tuntutan nafkah dan proses perbicaraan memakan masa yang lama. Terdapat juga keadaan di mana walaupun bapa membayar nafkah, jumlah itu dikatakan terlalu sedikit untuk pembiayaan anak, dan terlalu rendah berbanding dengan jumlah yang dituntut. Penguatkuasaan perintah nafkah pula suatu masalah besar apabila bapa tidak bertanggungjawab.

IV. Khidmat Guaman dan Pembelaan Diri

Terdapat masalah fee guaman bagi ramai wanita yang tidak mampu. Biro Bantuan Guaman pula kurang kakitangan dan terlalu banyak kes. Oleh itu, ada di antara isteri yang membela diri sendiri di mahkamah. Hal ini boleh melengahkan lagi proses perbicaraan kerana para wanita itu kurang berpengetahuan mengenai prosedur mahkamah.

V. Pentadbiran dan Proses di Jabatan Agama dan Mahkamah.

Peringkat Jabatan dan Peringkat Mahkamah — Terdapat kekeliruan mengenai peringkat jabatan dan peringkat mahkamah, misalnya mengenai peringkat sesi kaunseling. Masalah kelewatan kes menjadi lebih ketara lagi kerana tiada had masa ditetapkan bagi tempoh kaunseling dan prosedur seterusnya dalam proses perceraian

Kekurangan kakitangan — Masalah kekurangan bilangan kakitangan Mahkamah Syariah.

SYOR DAN CADANGAN

I. Perceraian

1. Perceraian Ta’liq — Perjanjian Ta’liq perlu digubal semula dengan menyediakan syarat-syarat tambahan yang boleh dimasukkan atas pilihan pasangan-pasangan individu. Perbicaraan ringkas patutlah memadai untuk perceraian ta’liq dan bukti dalam bentuk sumpah oleh pihak isteri dan dua orang saksi patutlah diterima sebagai mencukupi untuk menjatuhkan cerai Ta’liq.

2. Tuduhan nusyuz — Pendekatan mengenai nusyuz perlulah diubah. Al-Qur’an ada menyebut nusyuz di dalam konteks suami dan isteri tetapi di dalam undang-undang keluarga Islam di Negeri Selangor dan Wilyah Persekutuan, nusyuz hanya wujud untuk pihak isteri sahaja.

3. Poligami tanpa izin mahkamah dan Perceraian oleh suami di luar mahkamah — Denda RM1000 tidak memadai sebagai pencegahan. Cara pencegahan yang lebih berkesan, seperti mengenakan hukuman penjara mandatori, diperlukan bagi menghalang poligami tanpa kebenaran mahkamah dan perceraian di luar mahkamah.

4. Keganasan suami — Dalam kes yang melibatkan keganasan suami terhadap isteri, mahkamah perlu membenarkan perceraian secepat yang boleh kerana nyawa isteri terancam jika masih bersama suami.

II. Nafkah Isteri, Mut’ah dan Harta Sepencarian

  1. Menunggu proses perceraian— Dicadangkan supaya kaveat dan perintah tegahan untuk menghalang suami daripada memindahmilik harta benda semasa menunggu penyelesaian proses perceraian dijadikan prosedur biasa.
  2. Tuntutan berasingan dan pencatuman tuntutan — Dicadangkan supaya isteri diberi pilihan sama ada hendak mengasingkan atau mencantumkan tuntutan.
  3. Nafkah isteri dan nafkah iddah — Dicadangkan ukuran untuk tunggakkan nafkah isteri pada kadar tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) pendapatan suami, dan nafkah iddah pada kadar tidak kuang separuh (1/2) pendapatan suami.
  4. Mut’ah — Sepatutnya ukuran minimum tidak kurang daripada jumlah mas kahwin dan hantaran. Bayaran kepada suami dalam cerai khulu’ pula sepatutnya tidak melebihi jumlah maskahwin dan hantaran. Kemampuan suami faktor utama dan tempoh perkahwinan juga patut diambil kira dalam hal mut’ah.
  5. Harta sepencarian
  6. Pembahagian sepertiga kepada isteri — di mana isteri tidak memberi sumbangan kewangan dan hanya memberi sumbangan dalam bentuk menemani suami dan menjaga rumahtangga dan keluarga.
  7. Pembahagian sama rata — di mana isteri juga memberi sumbangan kewangan, atau harta itu telah didaftarkan dalam kedua-dua nama suami isteri.

iii. Pembahagian lebih separuh kepada isteri – di mana isteri menunjukkan dia memberi lebih sumbangan daripada suami, misalnya dengan memberi sumbangan kewangan dan juga menjaga rumahtangga.

  1. Pembuktian pendapatan dan harta — Dicadangan proses automatik bagi mendapatkan slip gaji, penyata KWSP, penyata cukai pendapatan dan lain-lain dokumen mengenai sumber pendapatan dan harta benda. Pindahmilik harta bagi mengelakkan tuntutan patut diketepikan.

III. Jagaan, Lawatan dan Nafkah Anak

  1. Jagaan — Ibu muallaf tidak patut didiskriminasikan dalam hal jagaan anak
  1. Lawatan — Setiap ibu dan bapa diiktiraf mempunyai hak lawatan.
  1. Nafkah anak – dicadangkan:
  2. Prosedur segera diperlukan–nafkah anak hendaklah segera diperintahkan dalam prosiding perceraian sama ada cerai talaq, ta’liq, fasakh atau khulu’ dan perintah interim dikeluarkan.
  3. Harta dan obligasi bapa — diadakan peraturan undang-undang yang memberikuasa kepada mahkamah untuk menghalang bapa menukar milik harta.
iii. Jumlah nafkah — dikeluarkan pekeliling kehakiman yang menggariskan butiran keperluan bagi nafkah anak.
  1. Perintah nafkah terhadap saudara sebelah bapa – dalam kes pihak bapa tidak dapat dikesan atau tidak membayar nafkah anak atau tidak membayar nafkah secukupnya,
  1. Masalah penguatkuasaan

Perlu meningkatkan kecekapanpenguatkuasaan dengan–

  • kerjasama pihak polis
  • mengeluarkan perintah untuk hukuman penjara kerana menghina mahkamah dengan mengingkari perintah nafkah
  • mengatur hubungan dengan mahkamah negeri lain untuk penguatkuasaan
  • mengeluarkan perintah potongan gaji atau potongan pencen
  • mengeluarkan perintah membekukan wang KWSP atau tabung pencen
  • membawa prosiding kebankrapan untuk mengisytihar bapa sebagai bankrap
  • menubuh agensi penguatkuasaan khas nafkah anak (penyelesaian jangka panjang).

IV. Khidmat Guaman dan Pembelaan Diri

1. Peguam – disyorkan:

·      Peraturan-peraturan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Lesen Peguam mengenai kelayakan peguam syarie serta mengenai pemberian, pembaharuan dan pembatalan lesen guaman diselenggarakan dan diselaraskan pada peringkat semua negeri.

·      Akaun klien dimestikan disimpan oleh peguam syarie

  • Fee Guaman diselaraskan

2. Biro Bantuan Guaman — perlu menambahkan kakitangan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

3. Pembelaan Diri — wanita yang tidak mampu mengguna khidmat peguam dan membuat pembelaan diri perlu diberi panduan. KL Bar dan Muslim Lawyers Association bersedia meletakkan peguam pelatih (chambering students) bagi perkhidmatan Klinik Guaman di Mahkamah Syariah. Kaedah mahkamah haruslah juga dipermudahkan supaya tidak terlalu teknikal.

V. Pentadbiran dan Proses di Jabatan Agama dan Mahkamah

  1. Kaunseling — mestilah secara sukarelawan, dijalankan oleh kaunselor bertauliah dalam tempoh yang terhad (3 hingga 6 bulan).
  2. Mediationbagi perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan lagi, mediation (sulh). dalam masa yang ditetapkan, (3 hingga 6 bulan) perlu diadakan untuk menjalankan perceraian dengan ma’ruf dan baik.
  1. Tempoh masa dan penyelenggaraan prosedur – dicadangkan:
  • Jangkamasa perlu ditetapkan bagi sesuatu prosedur agar kes tidak tertangguh begitu lama
  • Peghakiman ingkar (judgment in default) dikeluarkan sekiranya satu pihak masih tidak hadir di mahkamah walaupun saman telah disampaikan
  • Certificate of urgency diadakan bagi kes yang perlu diselesaikan segera
  • Perintah interim dikeluarkan untuk nafkah isteri dan anak, terutamanya nafkah anak
  • Perintah ex parte patutlah luput selepas 14 hari.
  • Draf perintah patutlah ditandatangani oleh pendaftar dalam tempoh tidak melebihi satu minggu.
  • Catatan keterangan prosiding mahkamah patutlah disediakan dalam tempoh tidak melebihi sebulan dan tidak ditangguhkan sehingga memakan masa bertahun. 
  1. Pentadbiran Mahkamah — dicadangkan
  • Diwujudkan Mahkamah Keluarga Syariah dan Mahkamah Keluarga Sivil yang selari dan setaraf dan berkongsi bangunan dan khidmat sokongan.
  • Ditambah bilangan hakim Mahkamah Syariah, dan dilantik hakim wanita. Insentif yang menarik perlu diberikan untuk menarik lebih ramai orang yang bertauliah.
  • Ditambah bilangan pegawai dan kaitangan sokongan serta diwujudkan jawatan baru (misalnya pegawai penyelidik seperti di Mahkamah Tinggi Sivil).
  • Latihan pegawai mahkamah ditingkatkan dan merangkumi “gender sensitisation”.
  • Peruntukan belanjawan yang lebih tinggi bagi meninggikan taraf mahkamah syariah
  1. Bidangkuasa Mahkamah — disyorkan penyelesaian segera masalah penyelarasan bidangkuasa antara negeri, supaya perintah nafkah sesuatu negeri boleh dikuatkuasakan secara automatik di negeri lain.
Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email