No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Poligami

SIS (Sisters In Islam) berasa kesal dengan tindakan keajaan negeri Perlis melonggarkan syarat berpoligami dengan tidak mengambil kira persetujuan isteri pertama.

Sepatutnya, mereka meneliti dan memperketatkan syarat berpoligami untuk mempastikan tiada pihak yang teraniaya. Persetujuan isteri pertama patut diambil kira untuk memastikan samada lelaki tersebut mampu berpoligami atau tidak. Dengan ini juga, pihak Mahkamah boleh memerintahkan suami untuk membuat peruntukan kepada isterinya, iaitu isteri sedia ada boleh menuntut bayaran nafkah, nafkah anak dan lain-lain kepada suami. Berdasarkan pengalaman SIS dan persatuan-persatuan wanita lain, isteri pertama sering diabaikan atau terpaksa bertungkus-lumus untuk menyara keluarganya kerana suami tidak mampu, dan anak-anak terbiar tanpa perhatian.


Kita harus kembali kepada hikmah berpoligami yang bertujuan untuk menjaga kebajikan wanita dan kanak-kanak, dan bukannya untuk hawa nafsu. Para ulama dan pendidik Islam harus memainkan peranan utama dalam memberi kesedaran kepada semua mengenai hal ini.

 
Sisters In Islam
2 Januari 2003
Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email