No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Pemimpin Belia Muslim Menyokong Hak Wanita

Mesyuarat serta pertemuan Gabungan Pemuda Serantau yang dianjurkan oleh Sisters in Islam hari ini berjaya mengumpulkan 44 pemimpin belia dari lima buah negara dari Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia termasuk Tuan Rumah, Malaysia.

Ia bertujuan membuat analisa dan mencapai kata sepakat mengenai satu penyelesaian serta tindakan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh wanita Muslim melalui lensa Islam yang adil dan penuh belas ikhsan.

Di awal Mesyuarat, Pembicara utama, Dr.Hannah Nazri, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pergerakan Kalsom, menekankan pentingnya akses kepada pendidikan sebagai cara utama mewujudkan daya saing wanita serta mengawal keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Walaupun sebahagian besar wanita dan gadis Islam di Asia Tenggara tidak menghadapi cabaran hidup seperti seperti kejadian penculikan Boko Haram untuk tujuan penghambaan seksual dan domestik di Nigeria pada 2014, Dr.Hannah menegaskan statistik pernikahan bawah umur di kalangan umat Islam Malaysia membimbangkan. Ia merangkumi lebih 10-ribu kejadian termasuk hubungan bersama kanak-kanak bawah umur (Pedofilia) sejak 10 tahun yang lalu.

Perkahwinan kanak-kanak dibawah usia menidakkan hak asasi mereka untuk pendidikan, penyertaan ekonomi dan meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang hayatnya.

Di sisi lain, penjagaan kesihatan terutama di segi reproduktif, boleh mendatangkan mudarat dan ada kemungkinan mereka boleh menderita sekiranya ada perlakuan yang ekstrim.

Dr.Hannah berkongsi bahawa kesedaran mengenai penyakit kelamin wanita (endometriosis) di Malaysia sangat meruncing dimana 81% wanita Malaysia yang ditemui berkata kesakitan yang dialami pada tempoh itu menyukarkan mereka untuk bekerja. Sesungguhnya, ini antara hak-hak wanita pada perspektif perubatan yang telah dipinggirkan. Ia adalah kunci untuk menangani struktur kesaksamaan dalam Islam.

Ucapan alu-aluan Shareena Sheriff, Pengurus Advokasi, Khidmat Guaman dan Penyelidikan SIS, mengajak pemimpin belia mengingati peranan mereka dalam menyokong dan meneruskan prinsip-prinsip Islam sejajar dengan matlamatnya untuk menegakkan keadilan bagi semua. Beliau mengisytiharkan pertemuan dan mesyuarat ini sebagai ruang yang selamat untuk penyertaan dan melontarkan pandangan. Perwakilan telah menyambut baik saranan beliau.

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email