Orang tanggungan patut menjadi penama KWSP

Surat kepada Pengarang

Orang tanggungan patut menjadi penama KWSP

Sisters in Islam (SIS) bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Rafidah Aziz bahawa peraturan KWSP patut diubah bagi menyelesaikan masalah isteri-isteri yang tidak menerima walau satu sen dari wang KWSP suami kerana mereka tidak menjadi penama (The Star, September 9, 2002).

SIS merasa gusar sekiranya saranan yang akan menjadikan pencalonan suami dan isteri sebagai penama kepada lelaki dan wanita yang telah berkahwin secara automatik akan mendatangkan kesan yang tidak diingini dan menjadi penyebab kepada diskriminasi kepada wanita Islam khasnya. Berlainan dengan undang-undang sivil bagi penganut agama lain yang telah menghapuskan poligami dan penerimaan pusaka secara tidak adil di antara lelaki dan wanita, umat Islam harus mengambil-kira isu poligami dan pembahagian pusaka secara faraid.

Isu pertama, undang-undang yang membenarkan lelaki Islam untuk memiliki lebih dari seorang isteri. Ketidakadilan yang amat sangat akan berlaku sekiranya seorang suami mengemaskinikan pencalonan dengan meletakkan nama isteri kedua sebagai penama dan melupakan isteri pertama yang telah dikahwininya sekian lama. Perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan perintah al-Quran di Surah an-Nisa’ 4:3 yang hanya membenarkan poligami di situasi di mana seorang lelaki mampu berlaku adil kepada isterinya. Perlu ditegaskan bahawa kedudukan kewangan isteri pertama harus diberikan keutamaan dalam perkahwinan poligami, seperti yang terjadi di kebanyakan kes dewasa ini dimana suami mengahwini isteri pertama ketika beliau masih tidak berjaya dan kemudiannya setelah beliau kaya, beliau mengahwini wanita lain.

Kedua, SIS gusar terhadap kemungkinan terjadinya diskriminasi hasil dari peruntukan gender yang tidak berat sebelah, atas sebab-sebab tertentu, yang mempunyai kesan diskriminasi ke atas wanita Islam. Saranan bahawa peruntukan secara automatik bagi wanita yan telah berkahwin untuk menamakan suamnya sebagai penama utama akan membawa kepada diskriminasi Salah satu akibatnya adalah di dalam perkahwinan poligami, seorang suami akan menerima wang KWSP kesemua isteri-isterinya, dan anak isteri-isterinya, ibubapa atau saudara-mara yang lain akan tidak diendahkan.

Keadilan dalam pengertian yang luas adalah matlamat utama syariah. Untuk memastikan keadilan ke atas semua umat Islam umumnya dan wanita Islam khasnya, beberapa konsep mengenai harta, hak kewangan dan tanggungjawab haruslah difahami dengan sewajarnya. Adalah malang apabila pentadbiran undang-undang syariah mengenai pusaka menekankan syarat waris lelaki diberi hak dua kali ganda di bawah pembahgian faraid, tanpa menekankan rasional syarat ini – bahawa lelaki mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk menyediakan peruntukan bagi keluarganya, dan oleh itu di dalam kehidupan setiap wanita sememangnya terdapat seorang lelaki  untuk menanggung setiap keperluannya, samada dia adalah bapa, saudara lelaki, suami atau anak lelaki.

Walaubagaimanapun, di dalam masyarakat kini, ramai wanita terpaksa menyara hidup dan keperluan sendiri, dan balu dan ibu yang telah bercerai selalunya terpaksa menampung keperluan anak-anak. Tiada mekanisme di dalam sistem perundangan sedia ada untuk wanita memperoleh perlindungan undang-undang yang boleh menunjukkan keseimbangan dan keadilan yang merupakan tujuan sebenar syariah.  Pada waktu dahulu, konsep lelaki menerima bahagian yang lebih banyak di dalam pembahagian harta bukanlah satu aspek istimewa yang hanya terdapat di dalam undang-undang Islam. Contohnya Distribution Act 1958 bagi penganut agama bukan Islam dahulunya telah memperuntukkan bagi suami yang kematian isteri untuk menerima keseluruhan harta isteri, manakala isteri yang kematian suami hanya menerima satu pertiga dari harta suami sekiranya mereka mempunyai anak atau setengah bahagian sekiranya mereka tiada anak. Walaubagaimanapun, diskriminasi terhadap wanita penganut agama lain ini telah dimansuhkan semasa 1990an dengan pindaan terhadap Distribution Act tersebut.

Adalah itu disarankan, pertama, bahawa penerangan mengenai perbezaan dijelaskan di antara harta yang akan menjadi sebahagian harta pusaka, dan dana nafkah yang bukanlah harta pusaka tetapi telah diketepikan bagi kepentingan si mati dan orang tanggunggannya yang terdekat. Kedua, penjelasan haruslah diberikan mengenai waris kepada pusaka dan orang tanggungan ke atas dana nafkah. Konsep orang tanggungan haruslah difahami dari segi pemahaman prinsipal Islam. Isteri dan anak adalah orang tanggungan utama, tetapisuami seorang wanita bukanlah tanggungannya. Adalah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Konsep ‘dana nafkah bagi tanggungan’ boleh digunakan secara automatik ke atas wang KWSP suami bagi digunakan untuk kepentingan isteri dan juga mungkin bagi anak-anaknya. Berbanding dengan  wanita, oleh kerana suami bukanlah tanggungannya, wang KWSP hanya boleh digunakan bagi kepentingan anak-anak yang ditanggungnya, atau mungkin bagi ibubapanya yang telah uzur di dalam kes di mana dia turut memberi sumbangan kewangan.

Patut ditekankan bahawa kemungkinan terdapat kes di mana dana yang ada adalah lebih dari mencukupi sebagai peruntukan bagi isteri dan anak-anak, dan suami mempunyai ibubapa yang uzur yang memerlukan bantuan kewangan. Adalah juga disarankan di dalam situasi seperti ini, pertimbangan dan tolak-ansur adalah perlu untuk memastikan keadilan dalam menyempurnakan ‘dana nafkah bagi tanggungan’.

Sisters in Islam
9 May 2002

Disiarkan di  The Star, The News Straits Times and Malaysiakini.

Share:
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email