Keadilan untuk Sisters in Islam

17 JUNE 2019
FOR IMMEDIATE RELEASE

Pada 17 Jun 2019, Sisters in Islam (SIS) datang kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
untuk mendengar bantahan perundangan terhadap kes fatwa yang telah dikeluarkan oleh
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tarikh asal untuk pendengaran kes tersebut telah ditetapkan pada 2 Mei 2019, akan tetapi
telah ditangguhkan diatas permintaan wakil MAIS atas sebab-sebab perubatan.

“Setelah berbulan menunggu, kami teruja kerana kami berada di mahkamah pada hari ini,” kata
Rozana Isa, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam.

“SIS memberi keyakinan penuh bahawa sistem keadilan di Malaysia akan mendukung integriti
yang tinggi dan keadilan akan diberikan kepada kami.”

SIS adalah satu pertubuhan wanita yang memajukan hak-hak wanita Islam di Malaysia.
Perkhidmatan Telenisa kami telah membantu lebih daripada 8,400 wanita dan lelaki di Malaysia
dan telah memberikan kehidupan yang berbeza untuk lebih dari sepuluh ribu orang.
Program-program jangkauan kami telah memberikan kesedaran kepada wanita tentang
hak-hak mereka, dan juga mewujudkan satu platform penting untuk membincangkan secara
terbuka akan isu-isu semasa yang melibatkan kehidupan wanita.

Di antara isu-isu lain yang sangat ditekankan oleh SIS termasuklah gesaan menghentikan
perkahwinan kanak-kanak, menghentikan khatan untuk perempuan dan menjadikan perkosaan
dalam perkahwinan satu jenayah di negara ini. SIS juga memainkan peranan yang penting
dalam mendorong pembaharuan undang-undang khususnya Undang-undang Keluarga Islam di
Malaysia.

Sejak dikenakan perintah fatwa dari MAIS, operasi kami telah terjejas teruk bila mana
program-program kami telah diperiksa secara tidak wajar oleh pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi,
kami mendapati yang pertubuhan kami digunakan sebagai kambing hitam politik untuk
memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu dan memberi kesan ke atas kerja-kerja yang kami
lakukan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, penyokong, dan rakan kongsi
yang hadir untuk memberikan sokongan pada hari ini, serta mereka yang telah banyak memberi
galakan dan solidariti bersama kami,” kata Rozana. “Keyakinan sahabat-sahabat kami terhadap
misi kami untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan menguatkan pendirian kami ke atas
kerja-kerja yang kami lakukan untuk wanita di Malaysia.”

 

*****

Tentang Sisters in Islam :
Sisters in Islam adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha untuk memajukan hak-hak wanita Islam di Malaysia dalam kerangka kerja Islam , prinsip-prinsip hak kemanusiaan sejagat , jaminan perlembagaan , serta realiti dan pengalaman hidup wanita -wanita .

*****

Untuk soalan-soalan dari pihak media , sila hubungi:
Majidah Hashim, Communications Manager
Sisters in Islam – SIS Forum Malaysia
Ahmad Abid Hakim Ahmad Fadillah – Communications Officer

Sisters in Islam – SIS Forum Malaysia
No.4, Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Email: [email protected] | Tel: +603 7960 5121 | Fax: +603 7960 8737

Share:
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email