No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Cabaran Kritikal Dihadapi Wanita Berkaitan Kesaksamaan Taraf

Sisters in Islam (SIS) telah melancarkan tinjauan komprehensif mengenai ‘Hak Awam & Peribadi Islam Wanita di Malaysia’ pagi ini di Persidangan, Islam Dipertahankan, Wanita Bangkit Menentang Ekstremisme.

Seramai 675 wanita Muslim yang berusia antara 18 sehingga 55 tahun, dari seluruh negara menyediakan maklum balas menyeluruh untuk kaji selidik tersebut. Ia merangkumi kesan-kesan akibat ketidakadilan yang dialami oleh wanita Muslim dalam kehidupan peribadi mereka.

Wan Nuradiah Wan Mohd Rani, Ketua Perkhidmatan Hal Ehwal Awam bagi IPSOS, menonjolkan penemuan utama mengenai wanita dan kesaksamaan. Ini termasuk tekanan yang dihadapi wanita untuk mematuhi norma-norma imej wanita Muslim di Malaysia, sumber ilmu mereka berkenaan pengetahuan agama, ketaatan sebagai kewajiban seorang wanita Muslim, pandangan mereka mengenai poligami, cabaran kepada wanita yang bekerja dan toleransi sesama bangsa dan agama. .

Tumpuan yang diberikan kepada pelbagai peranan wanita sebagai seorang individu, anak gadis, isteri dan pekerja wanita, mendapati bukti ada jurang yang tersembunyi antara harapan wanita Muslim dan kehidupan realiti mereka. Ketidaksaksamaan taraf didapati paling sengit dan amat merunsingkan dalam persekitaran sesebuah keluarga. Sebanyak 83% menyatakan sang suami meninggalkan semua urusan rumah tangga kepada isteri. Sebanyak 82% pula menyatakan wanita atau isteri telah didera secara fizikal dan emosi.

Sebanyak 78% juga mendedahkan isteri merupakan pencari nafkah utama sementara walaupun
82% menyatakan emosi wanita tidak pernah diberikan perhatian. Kekurangan kesedaran dan pendidikan di peringkat kuasa dinamik, menyebabkan wanita mengenal pasti tingkah laku suami yang kasar adalah peribadi dan bukan hasil daripada diskriminasi gender.

Shareena Sheriff, Advokasi Perkhidmatan Perundangan & Pengurus Penyelidikan SIS menyatakan bahawa “undang-undang telah mengubah norma untuk perlindungan wanita ” dan mengesahkan komitmen SIS untuk memberikan hak kepada ibu atas penjagaan anak-anak selepas bercerai atau ‘fiqh’, jenayah perkosaan perkahwinan, pembaharuan undang-undang dalam poligami, perkahwinan kanak-kanak dibawah usia dan berkhitan supaya semua itu dapat membina masyarakat Islam yang adil.

Dengan isu-isu serius yang perlu dilaksanakan, sifat remeh norma patriarkal lebih ditegaskan oleh 80% wanita. Mereka berdepan dengan cabaran berkaitan kesesuaian sosial. Sebanyak 56% mempunyai pengalaman pemantauan moral dan mendedahkan mereka kepada keaiban di tempat awam.

Shareena seterusnya menegaskan keperluan untuk mendidik anak gadis, anak lelaki dan juga lelaki mengenai peranan dan hak yang sama dalam perkahwinan Islam. Ini adalah kerana diskriminasi kini sudah menjadi sesuatu yang normal.

Pensyarah Kanan Dr.Sharifah Shakirah Syed Sheikh menjelaskan, hubungan yang terperinci antara perjuangan sejagat wanita terhadap patriarki, yang berkaitan dengan hasil kajian SIS. Beliau berkongsi hasil penyelidikan berkaitan “nusyuz” yang asasnya menjadi konsep perkongsian hubungan suami dan isteri. Namun 97% wanita yang terbabit dalam kaji selidik tersebut, berpendirian hanya isteri sahaja seharusnya patuh kepada suami mereka.

Beliau memuji dedikasi SIS yang tidak kenal penat lelah untuk mendemokrasikan tafsiran Islam dan membantu wanita Muslim dalam mendapatkan hak-hak mereka dalam rangka sebuah Islam yang penuh kasih dan sayang.

Panel moderator dan Pensyarah Kanan, Dr.Rusaslina Idrus merumuskan penyertaan hadirin sebagai sesuatu yang memberangsangkan. Ini semoga dapat diteruskan kesinambungan mendidik dan menyebarkan kesedaran dalam usaha menghadapi cabaran kearah kesamarataan bagi wanita Muslim di negara ini.

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email