No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sisters in Islam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Bentara Di Raja Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di atas berita sedih kembalinya Allahyarham ke pangkuan Penciptanya. Sosok Allahyarham sangat dikenali dan disegani rakan dan lawan. Beliau akan dikenang sebagai mantan Menteri Besar dan ahli politik yang merendah diri, sederhana dan merakyat.

Walaupun berbeza pendapat, ketokohan Allahyarham tidak dapat dinafikan. Allahyarham juga semasa dalam perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Kelantan telah memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Beliau juga antara tokoh ilmuan yang berpendapat bahawa tafsiran Asnaf Muallaf dalam pembahagian zakat harus diperluaskan dan memasukkan bukan Islam yang berada dalam kesempitan dan keperluan sebagai penerima zakat.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga dan rakyat Kelantan, tetapi rakyat Malaysia secara amnya. Kami sekali lagi merakamkan kesedihan kami di atas pemergian Allahyarham.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan penuh kebahagian. Al Fatihah.

Sisters in Islam
13 Februari 2015

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email