No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Kenyataan Akhbar oleh Datin Paduka Marina Mahathir tentang tuduhan oleh ISMA

Saya kecewa ISMA tetap menegaskan keputusan mereka untuk memfitnah saya sebagai ‘dalang ‘ di sebalik COMANGO. Tambahan pula, ISMA meneruskan taktik membuli dengan menyelewengkan kata-kata saya dalam
kenyataan mereka yang terkahir.

Memang saya bangga menjadi ahli Sisters in Islam yang telah giat berjuang selama dua puluh tahun untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi golongan Muslimah di Malaysia. Sejak peringkat awal penubuhan lagi, Sisters in Islam adalah antara gerakan wanita yang utama yang merujuk kepada Quran dan Sunnah untuk menekankan prinsip-prinsip etika dalam membela keadilan untuk kaum wanita.

Kini, usaha kami sudah menjadi ilham kepada organisasi-organisasi wanita di negara-negara Muslim yang lain dalam pendirian kita bahawa Al-Quran ke arah keadilan dan kesaksamaan.

Ini adalah asas kepercayaan saya, bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan yang Satu, Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Berbeza dengan manusia, Tuhan tidak membuat kesilapan dan oleh itu dia
mencipta setiap insan mengikut kehendak-Nya.

Oleh itu, peranan kami adalah untuk menghormati keputusan Allah dan ciptaan-Nya.  Ia satu keharusan untuk kita menilai setiap insan ciptaan Tuhan dengan maruah, rasa hormat dan perikemanusiaan, tanpa mengira bangsa, agama, orientasi seksual dan keupayaannya.

Seperti yang difirman Allah dalam Surah Al -Hujurat, ayat 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Saya ingin mengulang penegasan saya bahawa ISMA menyebar fitnah dengan mengatakan bahawa saya adalah dalang di sebalik COMANGO .

Saya sedar bahawa SIS adalah sebahagian daripada peserta Comango. Saya juga sedar bahawa laporan Comango disediakan untuk proses UPR. Tetapi saya tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat atau terlibat secara
peribadi dalam menghasilkan laporan tersebut, yang hanya salah satu daripada 28 laporan NGO mengenai keadaan hak asasi manusia di Malaysia.

Sepertimana yang semua orang tahu, laporan-laporan NGO adalah sebahagian daripada proses kajian semula PBB dan tiada apa-apa yang luar biasa mengenai laporan Comango. Saya tahu mengenai laporan itu dan saya menyokongnya tidak kurang kerana ia bukan seperti apa yang ISMA katakana. Ini jelas bagi sesiapa yang cukup mengambil berat untuk membacanya melalui laman web Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia akan tahu.

Jadi amatlah tidak jujur bagi ISMA untuk menyatakan bahawa COMANGO ke luar negara untuk memusnahkan imej Malaysia dan Islam. Seluruh dunia memangpun sudah peka terhadap apa yang berlaku di Malaysia dengan adanya internet. Seperti apa yang dijelaskan COMANGO, kerajaan Malaysia sering hadir ke mesyuarat-mesyuarat PBB untuk melaporkan perekembangannya dalam  memenuhi kewajipan untuk akur kepada pelbagai perjanjian dan peretujuan PBB. Biasanya, kerajaan menyetujui dan melaksanakan perjanjian-perjanjian berikut. Satu contoh baru-baru ini ialah alokasi 30% untuk wanita menganggotai jawatankuasa sesebuah syarikat, dasar yang disarankan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention for the Elimination of Discrimination Against Women/ CEDAW).

ISMA berkeberatan untuk mengaku bahawa mereka sudah mencetak dan menyebar 70,000 flyer yang mengandungi fitnah terhadap saya. Ini aduan saya. ISMA berlaku tidak jujur apabila mereka ingin mengubah isu.

Surah Al-Hujurat, Ayat 12 menyatakan:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Ini Islam kepercayaan saya. Saya amat berharap bahawa ia juga Islam kepercayaan ISMA.

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email