{"id":9011,"date":"2021-03-08T12:34:39","date_gmt":"2021-03-08T04:34:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=9011"},"modified":"2021-03-09T12:47:15","modified_gmt":"2021-03-09T04:47:15","slug":"ulasan-apa-erti-perempuan-jika-kemanusiaannya-dicabut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/ulasan-apa-erti-perempuan-jika-kemanusiaannya-dicabut\/","title":{"rendered":"ULASAN | Apa erti perempuan jika kemanusiaannya dicabut"},"content":{"rendered":"
Oleh: Ireeny Muzammel, Huda Ramli & Aleza Othman<\/p>\n
ULASAN\u00a0| Semenjak dari lahir hingga dewasa, anak perempuan dilatih dan dituntut menurut dan mentaati kata-kata orang tua tanpa membantah. Tidak sikit juga anak perempuan yang dituntut taat dan menurut kata adik-beradik lelaki terutamanya abang.<\/p>\n
Semenjak kecil, golongan perempuan biasanya dimomokkan dengan kepercayaan bahawa hal-hal dosa dan pahala mereka adalah tanggungjawab bapa, suami dan adik-beradik lelaki.<\/p>\n
Pasti ramai perempuan Melayu yang beragama Islam, semasa membesar pernah mendengar momokan seperti \u201ckalau tidak pakai tudung, ayah yang akan dapat dosa\u201d atau \u201ckalau anak perempuan tidak solat, ayah yang akan menanggung dosa mereka.\u201d Hal ini juga sering dikait rapatkan dengan kewalian bapa.<\/p>\n
Anak perempuan diajar supaya mendengar kata bapa kerana bapanya adalah wali, ketua kepada anak-anak perempuan, dan adalah menjadi kewajipan mereka untuk patuh dan taat kepada wali mereka, sekaligus meletakkan kedudukan bapa dalam fikiran mereka sebagai orang yang mempunyai autoriti tertinggi ke atas dirinya.<\/p>\n
Bukan sahaja konsep seseorang menanggung dosa orang lain tidak wujud kerana menyalahi wahyu Al-Quran yang berbunyi, \u201cdan seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain\u201d (Al An\u2019am:164).<\/p>\n
Malah, tidak keterlaluan untuk kita katakan, bahawa momokan berterusan seperti ini adalah satu bentuk manipulasi kepada pemikiran anak perempuan kita.<\/p>\n
Anak perempuan yang dibesarkan sebegini tidak dapat memahami sebab dan tanggungjawab mereka yang sebenar sebagai seorang perempuan terhadap dirinya dan juga pada agama.<\/p>\n
Nilai ajaran agama yang sebenar telah disorokkan dan pemahaman palsu direka-reka dan diajar kepada anak-anak perempuan untuk mengelirukan mereka supaya tunduk kepada autoriti orang lelaki dalam keluarga.<\/p>\n
Kesannya, anak perempuan dibentuk menjadi perempuan yang patuh dan menurut agama atas sebab lelaki dan bukan kerana Tuhan.<\/p>\n
Ini amat mengelirukan anak perempuan, apabila anak perempuan membesar dan melihat serta berfikir tentang ketidakadilan yang dilakukan oleh si \u2018autoriti\u2019 ini, mereka tidak akan mampu menyuarakan pendapat kerana lelaki dilihat sebagai seseorang yang tidak boleh disentuh atau dikritik sehingga melahirkan generasi anak perempuan yang akhirnya takut untuk mempersoalkan autoriti lelaki terhadap dirinya, kerana ajaran-ajaran sebegini dikatakan ajaran agama, malah sikap berdiam diri dan menurut adalah sikap yang lebih ideal bagi anak perempuan.<\/p>\n
Ia adalah sifat anak solehah; patuh dan taat total kepada kedua orang tuanya tanpa banyak soal.<\/p>\n
Autonomi perempuan buat keputusan sendiri<\/strong><\/p>\n Mencapai usia dewasa, perempuan masih juga diselubungi dengan momokan sebegini, \u201cJangan belajar tinggi-tinggi sangat, nanti lelaki takut nak dekat\u201d, \u201cperempuan gaji tinggi-tinggi, akhirnya tempatnya di dapur juga\u201d.<\/p>\n Momokan-momokan sebegini menambah lagi kepercayaan dalam diri anak perempuan bahawa kedudukan lelaki mestilah di atas perempuan sekaligus, meneguhkan kedudukan lelaki adalah autoriti dalam hidup perempuan.<\/p>\n Akhirnya, apa yang difahami oleh anak-anak perempuan pada hari ini adalah perempuan boleh berjaya, tetapi jangan terlalu berjaya dari lelaki.<\/p>\n Selain itu, momokan sebegini juga secara tidak langsung mengajar perempuan untuk meletakkan keselesaan lelaki sebagai keutamaan dan meletakkan dirinya sebagai nombor dua dalam apa jua keputusan dan tindakan.<\/p>\n Anak perempuan hari ini, dihimpit rasa serba salah atau perasaan gusar jika pendapatan mereka lebih tinggi dari pasangan lelaki mereka oleh sebab naratif ini.<\/p>\n Pemikiran yang ditanam sejak kecil inilah yang memanipulasi fikiran anak perempuan kita menjadi seorang perempuan yang sentiasa merasa rendah dan kecil kepada orang lelaki dalam hidupnya sehingga mengenepikan kepentingan dan keselamatan dirinya dalam pelbagai situasi sehinggalah dia membesar menjadi dewasa.<\/p>\n Ketidakseimbangan hubungan rumah tangga<\/strong><\/p>\n Momokan yang didengari sekian lama ini akhirnya menjadi kepercayaan dalam diri yang melarat sehingga ke alam perkahwinan. Puncak tujuan hidup perempuan sebagai pemudah hidup lelaki adalah alam perkahwinan.<\/p>\n Dari kecil, anak perempuan dilatih untuk membuat kerja rumah daripada mengemas, memasak, membasuh, melipat baju dan sebagainya supaya apabila mereka dewasa dan berkahwin kelak, mereka dapat menjadi isteri yang sempurna dalam menguruskan rumah tangga mereka.<\/p>\n Penentuan dosa dan pahala seorang isteri juga dipegang oleh autoriti suami dengan frasa reda si suami sehingga direka-reka naratif ganjaran pahala yang melampau-lampau bagi satu-satu \u2018khidmat\u2019 atau layanan kepada si suami seperti, \u201csekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik daripada berpuasa setahun\u201d, \u201cmenjaga anak-anak dengan baik demi suaminya dan dapat menjadi benteng dari menahan api neraka jahanam\u201d.<\/p>\n Perempuan terus dihimpit dengan ajaran dan nasihat untuk mendedikasikan hidup untuk lelaki.<\/p>\n Banyak juga kata-kata nasihat dan hadis yang direka-reka berlegar di sekeliling kita mengajar isteri-isteri supaya berkhidmat untuk suami dengan menyediakan makanan dan minuman untuk suami, menjaga anak-anak untuk suami, memandi junub disebabkan jimak oleh suami, menggembirakan hati suami, menjaga kehormatan untuk suami, meminta ampun daripada suami sebelum melahirkan anak; ia dapat memudahkan proses bersalin malah, isteri yang meninggal dunia pun harus diredai suami untuk diberi masuk syurga!<\/p>\n Membaca sahaja nasihat-nasihat ini membuatkan kita berasa amat letih untuk menjadi seorang isteri!<\/p>\n Sudahlah kerja rumah dan menjaga anak-anak diletakkan sebagai tanggungjawab utama, ditambah pula dengan tekanan untuk \u201cmengejar\u201d pahala daripada suami dengan berkhidmat untuk mereka.<\/p>\n Jika perkara-perkara ini tidak dilakukan, balasannya pula adalah neraka dan seksa yang berat-berat yang tidak masuk dek akal.<\/p>\n Seolah-olah, reda suami pada isteri setaraf reda Tuhan pada manusia, dan syurga dan neraka isteri terletak di tangan suami bukan dalam kudrat dan kuasa Tuhan.<\/p>\n