{"id":8182,"date":"2002-02-25T14:53:08","date_gmt":"2002-02-25T06:53:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=8182"},"modified":"2020-01-29T14:54:11","modified_gmt":"2020-01-29T06:54:11","slug":"kenyataan-akhbar-bersama-perbezaan-pendapat-dalam-islam-25-febuari-2002","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/kenyataan-akhbar-bersama-perbezaan-pendapat-dalam-islam-25-febuari-2002\/","title":{"rendered":"Kenyataan Akhbar Bersama: Perbezaan Pendapat Dalam Islam"},"content":{"rendered":"

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jelas terdapat golongan yang berusaha untuk membisukan perbezaan pendapat dalam Islam. Ini merupakan suatu perkara berat yang melibatkan rakyat Malaysia pada keseluruhannya.<\/p>\n

Dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warga negara demokratik. Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab. Mengkritik pandangan beberapa ulama’ tertentu bukannya bermakna tidak menghormati para ulama’.<\/p>\n

Kami menganggap percubaan menggunakan undang-undang untuk menjadikan perbezaan pendapat dalam Islam suatu jenayah, sebagai usaha merbahaya bagi memonopoli maksud dan kandungan ajaran Islam. Ini boleh membawa akibat buruk ke atas segenap sudut kehidupan awam di Malaysia.<\/p>\n

Dalam situasi di mana Islam telah menjadi begitu berpengaruh, adalah semestinya bercanggah bagi mencadangkan bahawa hanya segolongan tertentu yang mempunyai satu pandangan sahaja yang berhak untuk bersuara mengenai Islam.<\/p>\n

Supaya Islam menjadi relevan dan lebih difahami oleh rakyat Malaysia, maka semua pihak mestilah mengambil bahagian dalam mendefinasikan apakah maksud ajaran Islam kepada kita semua sebagai warga negara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.<\/p>\n

Semua warganegara, samada beragama Islam ataupun beragama lain, mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam perbahasan mengenai isu-isu berkepentingan nasional yang menyentuh kehidupan kita, samada mengenai agama, ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan atau isu-isu sosial.<\/p>\n

Dalam rangka masyarakat demokratik, kami yang bertandatangan di bawah ini meminta diadakan dialog yang terbuka, bertanggungjawab, rasional dan saling menghormati mengenai Islam dan kesannya ke atas kehidupan kita, samada kehidupan peribadi mahupun kehidupan awam.<\/p>\n

Kebebasan bersuara adalah nilai universal yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan dalam ajaran Islam. Hak asasi ini, yang meliputi semua warganegara dalam segala perkara yang bersifat keagamaan dan juga yang bersifat duniawi, mestilah dilindungi dan diperkukuhkan, bukan sahaja oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi juga oleh semua pihak dalam masyarakat sivil.<\/p>\n

Disokong oleh\u00a0Organisasi:<\/p>\n

1. All Women’s Action Society (AWAM)
\n2. Amnesty International Malaysia
\n3. Artist Pro Active (APA)
\n4. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
\n5. Centre for Independent Journalism
\n6. Civil Rights Committee of Selangor Chinese Assembly Hall (CRC)
\n7. Era Consumer (ERA)
\n8. Forum Iqra’
\n9. International Movement for a Just World (JUST)
\n10. Labour Resource Center (LRC)
\n11. Malaysian AIDS Council
\n12. Malaysian Local Democracy Initiatives (MALODI)
\n13. Movement Opposing Unethical Suppression of Expression (MOUSE)
\n14. Penang Anti-ISA Network (PAIN)
\n15. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM)
\n16. Persatuan Sahabat Wanita
\n17. Save Ourselves! (SOS!)
\n18. Sisters in Islam (SIS)
\n19. SOS Selangor
\n20. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
\n21. Tenaganita
\n22. Tholilaliyin Tholar (Sahabat Pekerja)
\n23. WIJADI
\n24. Women’s Aid Organisation (WAO)
\n25. Women’s Candidacy Initiative (WCI)
\n26. Women’s Crisis Centre (WCC)
\n27. Women’s Development Collective (WDC)
\n28. Women’s Voice
\n29. United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
\n30. United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia (Jiao Zong)<\/p>\n

Individu:<\/p>\n

1. Azah Aziz
\n2. Dato’ Dr Salleh bin Mohd Nor
\n3. Dato’ Lee Lam Thye
\n4. Dato’ Mahadev Shankar
\n5. Dato’ VC George
\n6. Datuk Param Coomaraswamy
\n7. Dr Mohammad Hirman Ritom Abdullah
\n8. Dr R. S. McCoy
\n9. Karim Raslan
\n10. Karpal Singh
\n11. Khairy Jamaluddin
\n12. Khoo Kay Jin
\n13. Lim Guan Eng
\n14. Lim Kit Siang
\n15. Muzaffar Tate
\n16. Prof Dato’ Mohd Hamdan Adnan
\n17. Prof Dr Faisal Othman
\n18. Prof Dr Muhammad Hashim Kamali
\n19. Prof Dr Osman Bakar
\n20. Prof Dr Shad Faruqi
\n21. R. Bhupalan
\n22. Rita Sim
\n23. Sivarasa Rasiah
\n24. Tan Sri Dato’ Haji Anuar Dato’ Hj. Zainal Abidin
\n25. Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam
\n26. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun
\n27. Tan Sri Dr Noordin Sopiee
\n28. YB Tan Seng Giaw
\n29. YB Teresa Kok<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jelas terdapat golongan yang berusaha untuk membisukan perbezaan pendapat dalam Islam. Ini merupakan suatu perkara berat yang melibatkan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza […]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":11530,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[74],"tags":[],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8182"}],"collection":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8182"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8182\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8182"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8182"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8182"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}