{"id":8027,"date":"2013-06-14T14:19:18","date_gmt":"2013-06-14T06:19:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=8027"},"modified":"2020-01-09T14:21:31","modified_gmt":"2020-01-09T06:21:31","slug":"8027","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/8027\/","title":{"rendered":"Pemansuhan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah"},"content":{"rendered":"
SURAT KEPADA PENGARANG<\/strong>
\n14 Jun 2013<\/strong><\/p>\n

PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH<\/strong><\/div>\n

<\/div>\n
Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kebimbangan:<\/p>\n

1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, khususnya hak kebebasan dari segala perlakuan yang kejam, menganiaya, menghukum dan yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang. JAG menyokong sepenuhnya kesataraan yang membawa kepada pencapaian hak tersebut. Hukuman sebat seharusnya dimansuhkan.<\/p>\n

2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembangaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip anti-diskriminasi ini. Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke atas wanita, tidak kira umur.<\/p>\n

3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Jenayah sumbang mahram. Adalah tidak adil bagi mangsa sumbang mahram dikenakan tuduhan persetubuhan luar nikah atas dasar suka sama suka dibawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, malah ianya suatu penganiayaan terhadap mangsa tersebut. Ini menunjukkan kegagalan pihak mahkamah untuk memahami penyalahgunaan kuasa oleh seseorang dalam keluarga sendiri yang seharusnya menjadi pelindung dan penjaga. Mangsa tidak patut dihukum atau didakwa bagi jenayah sumbang mahram.<\/p>\n

4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bilangan wanita yang disebat dan dihukum lebih tinggi berbanding lelaki. Ketidakseimbangan ini dapat dilihat di negara-negara Islam yang lain yang menggunapakai undang-undang Syariah di mana bilangan wanita yang disabitkan kesalahan jenayah seksual adalah jauh lebih ramai berbanding dengan lelaki.<\/p>\n

5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Percanggahan undang-undang. Kedua-dua Kanun Keseksaan (s.376) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor (S. 20) mengandungi peruntukan yang khusus mengenai sumbang mahram, tetapi hukuman yang berbeza. Keadilan akan dicapai dengan lebih baik jika mereka didakwa di bawah Kanun Keseksaan, di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun. Hukuman ini mencerminkan betapa beratnya jenayah yang dilakukan. Walau bagaimanapun, di bawah enakmen jenayah syariah negeri, seseorang yang melakukan sumbang mahram boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana tiga hukuman di atas.<\/p>\n

Penggunaan undang-undang mestilah tekal dan selaras untuk menegakkan keadilan bagi mangsa sumbang mahram, maka undang-undang Persekutuan hendaklah diterimapakai dan semua jenayah sumbang mahram perlu didakwa di bawah Kanun Keseksaan.<\/p>\n

6. Hukuman yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang bertentangan dengan ajaran al-Quran. Jabatan Agama Johor kini mencadangkan individu yang disabitkan hukuman disebat di ruang awam seperti masjid atas pemerhatian subjektif bahawa pihak Jabatan Agama Johor \u201dmelihat riak keinsafan\u00a0 pada wajah setiap pesalah yang dihukum\u201d. Ianya mustahil untuk mengukur tahap kekesalan dan taubat berdasarkan air muka seseorang. Selain itu, masih tiada bukti kukuh bahawa jenayah ganas atau seksual dapat dihalang oleh penyaksian hukuman sebat.<\/p>\n

Penguatkuasaan undang-undang moral dan pendakwaan terpilih (\u201dselective prosecution\u201d)\u00a0bertentangan dalil al-Quran, seperti “tidak mengorek rahsia orang lain” (Surah Al-Hujurat 49:12); “janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu;.”(Surah An-Nur 24:27- 28) dan “apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia, tetapkanlah dengan adil “(Surah an-Nisa 4:58). Sebuah hadith Nabi (SAW) dalam Sunan al-Tarmidhi juga menyatakan “Jangan membahayakan umat Islam, dan jangan mencela mereka, mahupun meneruskan ketidaksempurnaan mereka … “. Apabila seseorang itu ditegur, adalah penting untuk memastikan bahawa hak-hak atas keadilan, kesaksamaan, dan kehormatan diri seseorang ditegakkan pada setiap masa dan tidak dianiaya oleh mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan hukuman yang mengaibkan.<\/p>\n

Tamadun manusia zaman dahulu, di Barat mahupun Timur, sering menjatuhkan hukuman berbentuk fizikal yang berat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Pertengahan. Tiada apa pun yang \u201cIslam\u201d tentang hukuman yang berbentuk fizikal malah, ajaran-ajaran Islam menghadkan hukuman sebegitu yang diamalkan sebelum itu. Ianya lebih menekankan sikap kasih sayang serta keinsafan dan taubat bagi mereka yang berdosa. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani merupakan sifat dan tema yang sering diulang di dalam Al-Qur\u2019an.<\/p>\n

Dengan ini, JAG mengulangi saranannya kepada Kerajaan untuk mengkaji semula dan memansuhkan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa peruntukan-peruntukan tersebut tidak berasas dari segi teori dan amalan undang-undang Islam. Selain itu, terdapat banyak peruntukan yang jelas bertentangan dengan Kanun Keseksaan, Kod Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
\nSuri Kempe (Pengurus Program)\/ Arnie Ruxana (Pegawai Komunikasi)
\nSisters in Islam
\nPhone: 03-7960 3357 \/ 7960 5121 \/ 7960 6733<\/p>\n

Diterbitkan oleh Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang merangkumi:
\nSisters in Islam (SIS)
\nWomen’s Aid Organisation (WAO)
\nAll Women\u2019s Action Society (AWAM)
\nPerak Women for Women Society (PWW)
\nPersatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
\nPersatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

SURAT KEPADA PENGARANG 14 Jun 2013 PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kebimbangan: 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, […]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":11530,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[77],"tags":[],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8027"}],"collection":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8027"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8027\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}