{"id":7534,"date":"1999-11-13T18:41:09","date_gmt":"1999-11-13T10:41:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=7534"},"modified":"2019-11-12T18:41:29","modified_gmt":"2019-11-12T10:41:29","slug":"ringkasan-memorandum-pembaharuan-proses-perceraian-dan-tuntutan-sampingan-dalam-prosiding-mahkamah-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/ringkasan-memorandum-pembaharuan-proses-perceraian-dan-tuntutan-sampingan-dalam-prosiding-mahkamah-syariah\/","title":{"rendered":"RINGKASAN MEMORANDUM PEMBAHARUAN PROSES PERCERAIAN DAN TUNTUTAN SAMPINGAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH SYARIAH"},"content":{"rendered":"
Kemusykilan disuarakan dan cadangan dikemukakan mengenai isu-isu:<\/p>\n
serta mengenai<\/p>\n
dan juga pembaharuan dan kefahaman undang-undang serta kesedaran pada amnya.<\/p>\n
Kemusykilan am yang disuarakan ialah sekiranya lelaki yang inginkan perceraian, ia sangat cepat dan mudah, tetapi, jika wanita yang menuntut cerai, ia sukar dicapai dan mengambil proses yang lama selagi suami tidak bersetuju dengan perceraian, walaupun rumahtaingga tesebut tidak dapat diselamatkan lagi.<\/p>\n
Terdapat masalah tuntutan berasingan misalnya tuntutan khusus untuk mut\u2019ah dan harta sepencarian. Terdapat tekanan yang menyebabkan isteri bersetuju tidak membuat tuntutan demi meperolehi persetujuan suami untuk perceraian. Tuntutan kewangan mengambil masa yang agak lama; terdapat masalah beban pembuktian pendapatan dan kemampuan suami dan masalah penguatkuasaan perintah mahkamah.<\/p>\n
Ada ibu yang mengatakan persetujuannya untuk memberi hak jagaan anak kepada bapa diperolehi semasa ia dalam keadaan tertekan. Ada bapa yang diberi hak jagaan semata-mata kerana ibu seorang muallaf.<\/p>\n
Dalam kes anak di dalam jagaan ibu, ada bapa yang tidak membayar nafkah. Pihak ibu terpaksa membuka fail baru untuk tuntutan nafkah dan proses perbicaraan memakan masa yang lama. Terdapat juga keadaan di mana walaupun bapa membayar nafkah, jumlah itu dikatakan terlalu sedikit untuk pembiayaan anak, dan terlalu rendah berbanding dengan jumlah yang dituntut. Penguatkuasaan perintah nafkah pula suatu masalah besar apabila bapa tidak bertanggungjawab.<\/p>\n
Terdapat masalah fee guaman bagi ramai wanita yang tidak mampu. Biro Bantuan Guaman pula kurang kakitangan dan terlalu banyak kes. Oleh itu, ada di antara isteri yang membela diri sendiri di mahkamah. Hal ini boleh melengahkan lagi proses perbicaraan kerana para wanita itu kurang berpengetahuan mengenai prosedur mahkamah.<\/p>\n
Peringkat Jabatan dan Peringkat Mahkamah<\/u> — Terdapat kekeliruan mengenai peringkat jabatan dan peringkat mahkamah, misalnya mengenai peringkat sesi kaunseling. Masalah kelewatan kes menjadi lebih ketara lagi kerana tiada had masa ditetapkan bagi tempoh kaunseling dan prosedur seterusnya dalam proses perceraian<\/p>\n
Kekurangan kakitangan<\/u> — Masalah kekurangan bilangan kakitangan Mahkamah Syariah.<\/p>\nSYOR DAN CADANGAN<\/h3>\n
I. Perceraian<\/h4>\n
1. Perceraian Ta\u2019liq<\/u> — Perjanjian Ta\u2019liq perlu digubal semula dengan menyediakan syarat-syarat tambahan yang boleh dimasukkan atas pilihan pasangan-pasangan individu. Perbicaraan ringkas patutlah memadai untuk perceraian ta\u2019liq dan bukti dalam bentuk sumpah oleh pihak isteri dan dua orang saksi patutlah diterima sebagai mencukupi untuk menjatuhkan cerai Ta\u2019liq.<\/p>\n
2. Tuduhan nusyuz<\/u> — Pendekatan mengenai nusyuz perlulah diubah. Al-Qur\u2019an ada menyebut nusyuz di dalam konteks suami dan isteri tetapi di dalam undang-undang keluarga Islam di Negeri Selangor dan Wilyah Persekutuan, nusyuz hanya wujud untuk pihak isteri sahaja.<\/p>\n
3. Poligami tanpa izin mahkamah dan Perceraian oleh suami di luar mahkamah<\/u> — Denda RM1000 tidak memadai sebagai pencegahan. Cara pencegahan yang lebih berkesan, seperti mengenakan hukuman penjara mandatori, diperlukan bagi menghalang poligami tanpa kebenaran mahkamah dan perceraian di luar mahkamah.<\/p>\n
4. Keganasan suami<\/u> — Dalam kes yang melibatkan keganasan suami terhadap isteri, mahkamah perlu membenarkan perceraian secepat yang boleh kerana nyawa isteri terancam jika masih bersama suami.<\/p>\n iii. Pembahagian lebih separuh kepada isteri \u2013 <\/u>di mana isteri menunjukkan dia memberi lebih sumbangan daripada suami, misalnya dengan memberi sumbangan kewangan dan juga menjaga rumahtangga.<\/p>\n Perlu meningkatkan kecekapanpenguatkuasaan dengan\u2013<\/p>\n \u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Peraturan-peraturan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Lesen Peguam<\/u> mengenai kelayakan peguam syarie serta mengenai pemberian, pembaharuan dan pembatalan lesen guaman diselenggarakan dan diselaraskan pada peringkat semua negeri.<\/p>\n \u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Akaun klien <\/u>dimestikan disimpan oleh peguam syarie<\/p>\n 2. Biro Bantuan Guaman<\/u> — perlu menambahkan kakitangan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.<\/p>\n 3. Pembelaan Diri<\/u> — wanita yang tidak mampu mengguna khidmat peguam dan membuat pembelaan diri perlu diberi panduan. KL Bar dan Muslim Lawyers Association bersedia meletakkan peguam pelatih (chambering students) bagi perkhidmatan Klinik Guaman di Mahkamah Syariah. Kaedah mahkamah haruslah juga dipermudahkan supaya tidak terlalu teknikal.<\/p>\n RINGKASAN MEMORANDUM PEMBAHARUAN PROSES PERCERAIAN DAN TUNTUTAN SAMPINGAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH SYARIAH<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11531,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[80],"tags":[],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7534"}],"collection":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7534"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7534\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7534"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7534"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7534"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}II. Nafkah Isteri, Mut\u2019ah dan Harta Sepencarian<\/h4>\n
\n
\n
III. Jagaan, Lawatan dan Nafkah Anak<\/h3>\n
\n
\n
\n
iii. Jumlah nafkah — dikeluarkan pekeliling kehakiman yang menggariskan butiran keperluan bagi nafkah anak.<\/h6>\n
\n
\n
\n
IV. Khidmat Guaman dan Pembelaan Diri<\/h3>\n
1. Peguam <\/u>\u2013 disyorkan:<\/h4>\n
\n
V. Pentadbiran dan Proses di Jabatan Agama dan Mahkamah<\/h3>\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n