{"id":7530,"date":"1999-11-14T18:35:13","date_gmt":"1999-11-14T10:35:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=7530"},"modified":"2019-11-12T18:35:30","modified_gmt":"2019-11-12T10:35:30","slug":"memorandum-pembaharuan-proses-perceraian-dan-tuntutan-sampingan-dalam-prosiding-mahkamah-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/memorandum-pembaharuan-proses-perceraian-dan-tuntutan-sampingan-dalam-prosiding-mahkamah-syariah\/","title":{"rendered":"MEMORANDUM PEMBAHARUAN PROSES PERCERAIAN DAN TUNTUTAN SAMPINGAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH SYARIAH"},"content":{"rendered":"

A. PENGENALAN<\/h3>\n

Memorandum ini adalah hasil daripada projek yang bertujuan untuk mengkaji prosiding dan pengalaman wanita Islam dalam proses peceraian serta tuntutan sampingan iaitu tuntutan nafkah isteri, mut\u2019ah dan harta sepencaraian, serta juga hak jagaan, lawatan dan nafkah anak. Matlamat utama Sisters in Islam (SIS) ialah untuk memperkembangkan kefahaman Islam yang mengiktiraf kesaksamaan di antara kaum wanita dan lelaki berasaskan prinsip-prinsip keadilan yang termaktub dalam ajaran Islam. Suatu usaha utama untuk mencapai matlamat tersebut ialah dengan mengenalpasti masalah-masalah yang boleh membawa kepada ketakadilan, misalnya masalah penangguhan kes, dan mengesyorkan pindaan dan pembaharuan kepada amalan dan prosedur undang-undang bagi menghapuskan ketakadilan dan melicinkan proses pentadbiran undang-undang keluarga Islam di negara ini.<\/p>\n

 <\/p>\n

Dalam kajian ini, pihak SIS dengan kerjasama Pusat Khidmat Wanita Pertiwi (PKWP) yang mengadakan khidmat nasihat bagi golongan ibu tunggal, telah melihat kepada pengalaman dan pandangan wanita dalam beberapa kes, terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir 40 orang wanita telah ditemuduga dalam kajian ini, dan mereka termasuklah wanita yang pernah, dan juga wanita yang sedang, terlibat dalam proses perceraian dan tuntutan sampingan. Laporan hasil kajian tersebut telah dibentangkan oleh pihak SIS dalam Bengkel Kajian Kes:Pengalaman Wanita dalam Prosiding Mahkamah Syariah (Tumpuan Utama kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) yang diadakan pada 13 dan 14 November 1999. Isu-isu yang dikemukakan telah dibincangkan pada Bengkel tersebut dan berbagai cadangan bagi cara penyelesaian dan pembaharuan telah disyorkan.<\/p>\n

 <\/p>\n

Dalam mengkaji dan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan, pendekatan sosiologi juga digunakan kerana faktor manusia adakalanya lebih penting daripada undang-undang memandangkan manusialah yang melaksanakan undang-undang tersebut. Jika pelaksanaan undang-undang kurang berkesan oleh kerana faktor manusia, maka hasilnya tidaklah memuaskan walaupun jika undang-undang itu sendiri mungkin sudah cukup memuaskan. Tambahan pula kes-kes di bawah undang-undang keluarga melibatkan emosi manusia dan bukannya harta benda sahaja. Kajian kes tersebut adalah dibentangkan dari sudut pandangan terdekat dan kemusykilan pihak wanita itu sendiri untuk mencungkil fakta realiti hidup dan kesan pengalaman yang ditinggalkan kepada para wanita tersebut. Realiti pengalaman wanita itu mungkin tidak digambarkan dalam laporan atau dokumen rasmi, misalnya catatan rasmi mungkin menyatakan keputusan telah tercapai melalui persetujuan bersama, tetapi sebenarnya wanita itu dalam keadaan tertekan semasa memberi persetujuaanya. Laporan rasmi juga mungkin menunjukkan bahawa pihak suami\/bapa telah diperintahkan membayar nafkah bulanan, tetapi realitinya nafkah itu tidak pernah dibayar dan pihak isteri\/ibu merasakan tidak mampu atau tidak terdaya untuk megambil tindakan selanjutnya untuk penguatkuasaan.<\/p>\n

Memorandum ini adalah bertujuan untuk membawa perubahan yang memberangsangkan kepada pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam. Pembaharuan adalah amat diperlukan kerana terdapat banyak kemusykilan pihak wanita yang membawa kebimbangan bahawa terdapat bias atau prasangka yang wujud terhadap para wanita. Pembaharuan bolehlah diusahakan melalui \u201cPenggalakan\u201d, \u201cPencegahan\u201d, \u201cPencelahan\u201d, dan \u201cPemulihan\u201d.<\/p>\n

Kemusykilan yang disuarakan dan cadangan serta syor yang dikemukakan bolehlah dibahagikan kepada isu-isu utama yang berikut, iaitu mengenai:<\/p>\n