{"id":7526,"date":"2005-12-09T18:25:44","date_gmt":"2005-12-09T10:25:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=7526"},"modified":"2019-11-12T18:26:11","modified_gmt":"2019-11-12T10:26:11","slug":"memorandum-kepada-ahli-dewan-senat-untuk-mengkaji-semula-rang-undang-keluarga-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/memorandum-kepada-ahli-dewan-senat-untuk-mengkaji-semula-rang-undang-keluarga-islam\/","title":{"rendered":"Memorandum Kepada Ahli Dewan Senat untuk Mengkaji Semula Rang Undang Keluarga Islam"},"content":{"rendered":"

Memorandum Kepada Ahli Dewan Senat <\/strong>untuk Mengkaji Semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005<\/strong><\/p>\n

Diserahkan oleh Joint Action Group on Gender Equality (JAG)<\/strong><\/p>\n

Memorandum bersama Joint Action Group on Gender Equality (JAG) ini diserahkan kepada ahli Dewan Senat supaya menarik balik dan mengkaji semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 26 September 2005. Walaupun beberapa pindaan dalam Rang tersebut mampu menjamin keadilan bagi wanita Muslim di negara ini, namun kami prihatin dan khuatir terhadap beberapa pindaan lain dalam Rang tersebut kerana ianya akan mengakibatkan diskriminasi dan penganiayaan terhadap wanita.<\/p>\n

Malah Dewan Rakyat tidak diberikan masa yang secukupnya untuk membaca dan meneliti Rang Undang-Undang ini. Maka, ahli-ahli tidak berkesempatan untuk berunding dengan pihak-pihak berkenaan dan membahaskan dengan tuntas peruntukan-peruntukan yang mendatangkan kesan diskriminasi terutamanya kepada wanita Islam di Malaysia.<\/p>\n

Dengan itu, kami berharap Yang Berhormat Senator-Senator akan mengkaji pindaan-pindaan yang membimbangkan ini dan akan mengesyorkan agar Rang tersebut ditarik balik untuk diteliti dan diperbahaskan semula di Dewan Rakyat.<\/p>\n

Latarbelakang<\/strong><\/p>\n

Pada 26hb September, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaaan) 2005, dengan tujuan memperbaiki Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan untuk memastikan agar ianya akan memupuk dan menegakkan keadilan.<\/p>\n

Kami menyambut baik beberapa pindaan, khususnya berkenaan dengan tuntutan harta sepencarian oleh isteri apabila suaminya ingin berpoligami dan juga memerlukan isteri, atau isteri-isteri sedia ada, bakal isteri dan bakal wali untuk hadir di Mahkamah. Pindaan sebegini tentunya akan dapat melindungi hak kaum wanita yang selama ini terpaksa menanggung beban diskriminasi akibat dari undang-undang yang kurang prihatin dan kurang peka terhadap hakikat dan keadaan hidup wanita.<\/p>\n

Namun<\/strong> terdapat beberapa pindaan yang telah diluluskan yang akan mendatangkan kesan diskriminasi kepada kaum wanita di Malaysia. Antara kesan diskriminasi yang perlu ditekankan di sini ialah:<\/p>\n