{"id":7518,"date":"1996-12-11T18:10:56","date_gmt":"1996-12-11T10:10:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=7518"},"modified":"2019-11-12T18:14:37","modified_gmt":"2019-11-12T10:14:37","slug":"memorandum-mengenai-pembaharuan-undang-undang-keluarga-islam-mengenai-poligami","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/memorandum-mengenai-pembaharuan-undang-undang-keluarga-islam-mengenai-poligami\/","title":{"rendered":"MEMORANDUM MENGENAI PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM MENGENAI POLIGAMI"},"content":{"rendered":"
Diserahkan Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia <\/em><\/strong><\/p>\n Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad <\/em><\/strong><\/p>\n pada 11 Disember 1996 <\/em><\/strong><\/p>\n oleh Sisters in Islam and Persatuan Peguam-Peguam Wanita<\/em><\/strong><\/p>\n Pendahuluan <\/strong><\/p>\n Memandangkan polemik mengenai poligami yang masih kemelut di Malaysia dan memandangkan juga inisiatif kerajaan untuk memperkuat dan memperkukuhkan institusi keluarga dan nilai-nilai kekeluargaan, kami ingin menyarankan syor-syor bagi pindaan undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai poligami di negara ini dengan hasrat memenuhi kehendak keadilan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak seperti diperintah oleh AI-Quran.<\/p>\n Sekiranya institusi keluarga dianggap sebagai unit asas sesebuah masyarakat, maka apa yang biasanya dianggap sebagai hak-hak dan prerogatif lelaki Islam yang mana amalannya telah mengancam institusi perkahwinan dan keluarga, sepatutnya dinilai semula untuk memastikan bahawa “hak” ini tidak lagi membawa kemudaratan dan ketidakadilan kepada kaum wanita dan kanak-kanak.<\/p>\n Perbahasan berkenaan poligami kebelakangan ini telah berkali-kali menimbulkan tanggapan salah dan hujjah-hujjah yang berdasarkan tafsiran yang salah dari pihak yang mengajukan perkahwinan poligami.<\/p>\n Mereka yang mengajukan poligami telah mengemukakan hujjah-hujjah yang tidak dapat dipertahankan.<\/p>\n Pertama,<\/strong> telah diperkatakan bahawa poligami adalah “hak” setiap lelaki Islam dan sekiranya hak ini dicabar, ini bermakna bahawa seseorang itu mempertikaikan hukum Allah swt. Walau bagaimanapun, surah 4 ayat 3 AI-Ouran dengan jelasnya menunjukkan bahawa poligami itu bukanlah suatu hak mutlak kaum lelaki, sebaliknya ia adalah suatu tanggungjawab untuk menentukan bahawa keadilan sosial terhadap balu-balu dan anak yatim dapat dilaksanakan.<\/p>\n “Sekiranya kamu khuatir kamu tidak mampu berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita pilihanmu, dua, atau tiga atau empat; akan tetapi sekiranya kamu khuatir kamu tidak dapat melayani mereka secara adil maka (kahwiniah) satu sahaja………. lni adalah lebih sesuai bagi mencegah kamu daripada melaku ketidakadilan.”<\/em> (Surah AI-Nissa, Ayat 3, terjemahan kepada Bahasa lnggeris oleh Abdullah Yusuf Ali)<\/p>\n Penekanan AI-Quran mengenai keadilan disokong lagi dalam surat 4: 129 yang bermaksud:<\/p>\n “kamu tidak mampu berlaku adil di antara wanita, walaupun kamu bersungguh-sungguh berazam berbuat demikian…….<\/em> (Surah AI-Nissa, Ayat 129)<\/p>\n Maksud dan semangat ayat Al-Ouran mengenai poligami, yang telah diperturunkan selepas terjadi Perang Uhud, menekankan kebajikan dan perlindungan kaum wanita dan kanak-kanak ekoran kematian berpuluh-puluh orang lelaki Islam dari masyarakat Islam yang baru didirikan.<\/p>\n Walaupun keadaan sedemikian, Allah swt. boleh merestui amalan poligami yang tidak terhad pada zaman itu, tetapi sebaliknya, Allah swt<\/em> telah menghadkan amalan tersebut kepada 4 orang isteri sahaja.<\/p>\n Memandangkan bahawa ayat 4:3 menegaskan keadilan terhadap wanita dan layanan yang samarata bagi kesemua isteri dan dengan kesedaran bahawa keadaan demikian sukar tercapai (ayat 4: 129) ayat ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai mengajukan poligami. Ayat ini bukanlah merupakan suatu perintah Allah kepada kaum lelaki supaya mengamalkan poligami.<\/p>\n Ayat 4:3 sebenarnya mengajukan monogami sebagai sistem perkahwinan yang asal dan yang paling sempurna dalam Islam. Malahan ramai daripada para ulama di abad kesembilan belas seperti Sheikh Muhammed Abduh, Mufti negeri Mesir pada hujung abad kesembilan belas dan Sayyid Ahmad Khan dan Mumtaz Ali dari benua kecil India menganggap poligami hanya sebagai suatu institusi zaman lalu yang terpaksa diterima pada waktu itu dan yang mana dalam keadaan masa kini patut diketepikan untuk memberi laluan kepada institusi monogami yang dianggap sebagai ideal dalam AI-Quran. Abdullah Yusuf Ali, dalam ulasannya mengenai ayat ini juga menyatakan bahawa memandangkan syarat mengenai kesaksamaan dalam perkahwinan secara poligami adalah amat sukar dipenuhi, maka beliau memahami bahawa maksud ayat ini lebih cenderung terhadap monogami. Adalah diperhatikan bahawa dalam edisi terjemahan Al-Ouran oleh Abdullah Yusuf Ali yang disemak semula, pandangan beliau mengenai monogami telah dikeluarkan oleh pihak penerbit.<\/p>\n Dalam amalan poligami di negara ini, dan sokongan yang diberi oleh mereka yang mewakili pihak berkuasa ugama dan dalam pelaksanaan undang-undang, poligami seringkali dianggap sebagai hak mutlak kaum lelaki Islam. Sambil memberi alasan bahawa mereka hanyalah mengikut sunnah Nabi, pihak yang mengajukan poligami telah dengan sengaja gagal menekankan bahawa perkahwinan Rasullah s.a.w. dengan Siti Kedua<\/strong>, pihak-pihak yang menyarankan poligami seringkali menyatakan bahawa tiada sebarang nas dalam AI-Ouran atau Hadith yang mewajibkan seorang suami memperolehi keizinan pihak isteri sebelum ia berkahwin seorang lagi. Oleh yang demikian, suami tidak perlu berunding dengan isteri yang sedia ada. Sekiranya hujjah ini diterima bagaimanakah kita hendak menentukan perkahwinan poligami dapat memastikan keadilan sekiranya keizinan isteri yang sedia ada tidak diperolehi atau ianya tidak diberitahu terlebih dahulu tentang hajat suami untuk berpoligami. lsteri seolah-olah tidak ada hak langsung dalam perkahwinan itu.<\/p>\n Kitab suci AI-Quran adalah asas panduan kehidupan sepanjang zaman dan bagi semua kaum sejagat akan tetapi AI-Quran dan Sunnah tidak mengandungi peraturan yang terperinci bagi semua perkara kerana ini akan membataskan kesesuaian panduan AI-Quran terhadap peredaran zaman. Bagi mengatasi cabaran ini, para ulama telah mewujudkan prinsip al-siyasa al-syar’iyya, yang mengiktirafkan hak sesebuah kerajaan menggubal undang-undang dengan cara memilih mana-mana pendapat dari empat mazhab yang diterima oleh Islam, demi kepentingan ummah. lni boleh dilakukan dalam keadaan di mana tidak ada ayat yang khusus bagi sesuatu perkara samaada dalam AI-Ouran ataupun Hadith. Adalah satu hakikat bahawa kebanyakan fatwa-fatwa dalam Islam dibuat secara qiyas yaitu keputusan berdasarkan analogi perundangan yang dibuat oleh para ulama.<\/p>\n Berdasarkan prinsip al-siyasa al-syar’iyya ini, Kerajaan Persekutuan pada hujung 70an dan awal 80an telah melancarkan suatu program pembaharuan undang-undang keluarga Islam yang menakjubkan. Undang-undang yang diperbaharui ini telah memperkenalkan, antara lain, pembatasan poligami bagi memastikan bahawa suatu sistem yang adil sebagai dikehendaki Walau bagaimanapun, adalah menjadi hakikat bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut amat berbeza dengan tujuan sebenar undang-undang itu. lni disebabkan oleh pindaan yang telah dibuat oleh beberapa negeri yang telah mencabuli isi yang asal serta semangat pembaharuan undang-undang ini. Contohnya, di Perak, keputusan bagi berpoligami terletak dengan suami sahaja. Mahkamah syariah tidak perlu memberi kebenaran dan tiada syarat-syarat dikenakan. Di Kelantan dan Terengganu pula, syarat-syarat yang khusus dan juga penalti tidak dimasukkan dalam Enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri tersebut. lni bermakna bahawa Hakim Syariah dikehendaki mengguna budibicaranya sendiri bagi menimbang kelayakan suami untuk berpoligami. Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah dua negeri yang telah menerima seratus peratus draf asal undang-undang pembaharuan keluarga Islam. Akan tetapi, kebelakangan ini beberapa pindaan yang memundurkan (1988 di Selangor dan 1994 di Wilayah Persekutuan) telah dibuat kepada undang-undang keluarga Islam. Pindaan-pindaan ini dengan sekaligus telah menghakiskan hak wanita dan anak-anak mereka yang dahulunya telah terjamin di bawah undang-undang asal, khususnya dalam perkara-perkara seperti poligami dan perceraian.<\/p>\n Ketiga<\/strong>, seringkaii diperkatakan bahawa poligami adalah sebuah institusi yang dibenarkan oleh Islam untuk kaum lelaki memenuhi nafsu mereka secara sah. Akan tetapi tidak ada sebarang ayat dalam AI Ouran yang menyarankan poligami sebagai satu penyelesaian bagi masalah nafsu orang lelaki yang tidak terkawal. Undang-undang Malaysia juga tidak mengiktirafkan nafsu sebagai satu syarat untuk amalan poligami. Sebaliknya, ajaran Islam memberi penekanan kepada kawalan kendiri, disiplin dan kesucian rohani. Poligami bukanlah satu jalan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak sama ada dalam masyarakat Islam mahupun masyarakat Barat. Kalaulah poligami dikatakan satu penyelesaian bagi masalah tersebut, maka masyarakat Islam dan negara-negara Islam tentunya tidak lagi mengalami masalah-masalah sosial seperti persetubuhan luar nikah, perkosaan, persetubuhan ahli keluarga atau muhrim, pelacuran atau lain-lain penyakit sosial dan jenayah. Cara mengatasi apa yang dikatakan nafsu yang kuat kaum lelaki adalah penukaran sikap serta nilai kehidupan daripada kepercayaan bahawa adalah hak lelaki untuk memenuhi kepuasan nafsu dengan suatu kepercayaan bahawa manusia, telah dijadikan dengan akal yang sempurna dan keupayaan untuk mengawal nafsu dan mentaati perintah Allah s.w.t. untuk beriman terhadapnya, berdisiplin dan menjalin sikap saling, menghormati antara kaum lelaki dan wanita.<\/p>\n Keempat<\/strong>, hujjah-hujjah yang seringkali disarankan bagi menyokong poligami adalah kononnya Malaysia mempunyai lebih ramai penduduk wanita daripada penduduk lelaki dan nisbah jantina penduduk adalah 14 wanita bagi 1 orang lelaki. Hujjah ini berdasarkan statistik yang palsu dan adalah rekaan semata-mata. Malangnya, statistik palsu ini telah dihebahkan bertalu-talu oleh mereka yang menyarankan poligami melalui radio dan televisyen, akhbar-akhbar dan juga ceramah-ceramah umum. Walau bagaimanapun, angka yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa di Malaysia bagi setiap bilangan 100 wanita ada 103 bilangan lelaki dan kaum lelaki melebihi wanita bagi semua kumpulan umur kecuali kumpulan umur 60 tahun ke atas. Penduduk yang berumur 60 tahun keatas menunjukkan kekurangan lelaki disebabkan kaum wanita mempunyai jangkaan hayat yang lebih tinggi dari kaum lelaki. Bagi masyarakat Islam pula, angka bagi keseluruhannya menunjukkan nisbah jantina sebagai 102.1 bilangan lelaki bagi setiap 100 bilangan wanita, akan tetapi angka ini,termasuk kumpulan umur 60 tahun ke atas, di mana kita telah melihat bahawa lelaki berkurangan dibandingkan dengan wanita. Punca statistik di atas adalah dari Banci Penduduk dan Perumahan 1991.<\/p>\n Penyebaran angka penduduk yang tidak masuk akal ini oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. lni membuatkan pihak berkuasa agama Islam di negara ini bahan ketawa orang ramai. Menurut pakar-pakar penduduk adalah mustahil bagi nisbah jantina dalam sesebuah negara begitu ketara tingginya kecuali sesebuah negara itu mengamalkan pembunuhan bayi lelaki beramai-ramai ataupun menggalakkan pengguguran janin lelaki. Setahu kami ini bukanlah satu amalan dalam kebudayaan masyarakat Islam di negara ini.<\/p>\n Demi kepentingan keadilan bagi setiap warganegara dan bagi menyumbang terhadap kempen kerajaan untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan membenteras kemerosotan nilai-nilai murni masyarakat, kami menggesa agar kerajaan menyemak semula pindaan yang telah dibuat kepada Akta\/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam oleh beberapa negeri. Kami juga mengesyorkan pemansuhan peruntukan-peruntukan yang berkesan negatif terhadap kaum wanita dan kanak-kanak. Kelonggaran-kelonggaran yang ada di dalam Akta\/Enakmen ini seharusnya diperketat dan dikemaskini, serta penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berkesan dan bersungguh-sungguh, terutama sekali syarat-syarat mengenai poligami. Selain daripada perkara undang-undang substantif, prosidur mahkamah yang jelas dan terperinci perlu diwujudkan di mahkamah syariah. Langkah-langkah ini akan betul-betul mencerminkan semangat dan isi kandungan undang-undang yang bertujuan membataskan amalan poligami di negara ini.<\/p>\n Dengan ini dan dengan segala hormatnya kami melampirkan ulasan dan syor-syor mengenai peruntukan-peruntukan berkenaan poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam. Kami berharap sangat bahawa pandangan dan syor yang disampaikan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Kami juga berharap untuk menyerahkan memorandum tambahan mengenai pembaharuan undang-undang keluarga Islam pada keseluruhannya dan pentadbiran undang-undang tersebut, tidak lama lagi.<\/p>\n REFORMASI PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI POLIGAMI<\/p>\n Perkara yang Membimbangkan<\/p>\n Walaupun perkahwinan poligami sedemikian adalah tertakluk kepada seksyen 123 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM1,000\/- atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran, pada hakikatnya penalti tersebut di atas tidak berjaya mencegah lelaki yang berhajat berpoligami dari berbuat demikian. Satu amalan yang kerap dilakukan ialah bayaran denda hanya sebanyak RM300.<\/p>\n <\/p>\n Pada kesannya pindaan ini telah menggalakkan para suami yang berhajat mengamalkan poligami memintasi Akta ini dengan berkahwin secara poligami di kawasan-kawasan yang berada di luar bidangkuasa undang-undang tersebut. Contohnya, pada tahun 1985, Mahkamah Syariah Selangor telah memberi kebenaran berpoligami dalam 82 kes. Walau bagaimanapun, 350 kes-kes poligami tanpa kebenaran telah dikesan. Angka ini telah bertambah kepada 410 kes sehingga bulan September tahun 1996. Tidak syak lagi bahawa pindaan tersebut di atas telah mengakibatkan pelanggaran undang-undang yang begitu meluas dan ketara. Jelas sekali bahawa masalah ini perlu ditangani sebelum keadaan menjadi lebih runcing. Bagaimanakah pihak berkuasa undang atau tidak menghemahkan saman dan perintah Mahkamah, mereka tidak akan dihukum atau tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada mereka.<\/p>\n Syor<\/p>\n Pembahagian harta dan aset-aset sekurang-kurangnya boleh meringankan kesan ketidakadilan dari sudut kewangan. Perintah ini juga sepatutnya dibuat sebelum perkahwinan poligami yang melanggar Akta ini dibenarkan didaftar.<\/p>\n “127(2) Seseorang yang mempunyai lebih dari seorang isteri dan yang telah gagal memberi keadilan kepada isteri-isterinya mengenai nafkah, pakaian, tempat tinggal dan hak mereka mengikut Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu.”<\/p>\n Kami berpendapat bahawa peruntukan penalti yang khusus seperti di atas yang boleh diguna sekira berlakunya ketidakadilan dalam perkahwinan poligami boleh menyumbang terhadap melindungi kepentingan-kepentingan para isteri dan kanak-kanak.<\/p>\n \u00a0<\/strong>Seksyen 23(3) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan dan Enakmen yang sama bagi negeri Selangor memperuntukkan bahawa permohonan untuk berpoligami hendaklah disertakan dengan suatu akuan yang menyatakan sebab-sebab perkahwinan poligami dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang-orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.<\/p>\n Perkara yang Membimbangkan<\/p>\n Kami dapati bahawa peruntukan ini biasanya telah dilaksanakan secara tidak tentu dan rawak oleh pihak mahkamah syariah. Mahkamah seringkali membenarkan pihak suami sesuka hati memilih apa juga bukti untuk dikemukakan bagi menyokong perakuannya. Seringkali berlaku di mana dokumentasi yang menyokong permohonan tidak dikemukakan. Bagi menimbang permohonan pihak suami untuk berpoligami, Hakim Mahkamah Syariah seharusnya meneliti borang permohonan dan akuan yang disertakan. lni akan membantunya membuat keputusan sama ada sisuami layak atau tidak berkahwin poligami mengikut seksyen 23(4).<\/p>\n Tambahan pula, kami mendapati bentuk Borang Permohonan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Selangor amat mengelirukan. Borang tersebut mengandaikan kebenaraan berpoligami akan diberikan secara sewenang-wenangnya. Borang itu mengadungi perkara 4 yang meminta maklumat mengenai tarikh perkahwinan poligami yang dipohon, tempat perkahwinan itu, nama kariah dan daerah masjid. Perkara 6 meminta nama dan perihal dua orang saksi pula. Sepatutnya bentuk borang tersebut bukanlah suatu permohonan untuk berkahwin, tetapi suatu syarat mengikut seksyen 23(4). Oleh yang demikian, ia tidak harusnya memberi gambaran yang mengelirukan kepada pemohon bahawa kebenaran untuk berpoligami akan ditunaikan dengan meminta butir-butir perkahwinan yang mungkin tidak dibenarkan untuk berlaku.<\/p>\n Syor<\/p>\n Borang ini hendaklah juga memerlukan pemohon membekalkan:<\/p>\n Seringkali dilaporkan bahawa hakim-hakim Mahkamah Syariah cenderung terhadap memberi tekanan kepada kemampuan suami dari segi kewangan untuk menanggung lebih dari satu keluarga dalam menimbang sama ada pihak suami patut diberi kebenaran untuk berpoligami. Ketiga-tiga syarat yang lain di bawah seksyen 23(4) jarang diberi perhatian oleh pihak Mahkamah. Beban pembuktian seharusnya diletak pada pihak pemohon bagi membuktikan bahawa dia telah memenuhi kesemua empat-empat syarat sebelum dia dibenarkan mengamalkan poligami. Keputusan Jawatankuasa Rayuan Syariah Negeri Selangor yang dibuat pada tahun 1990 dalam kes Aishah Abdul Rauf lwn. Wan Mohd. Yusof Wan Othman patut digunakan sebagai garispanduan bagi Hakim-hakim Mahkamah Syariah membuat keputusan dalam permohonan-permohonan perkahwinan poligami. lni akan menjamin pelaksanaan seksyen 23(4) yang lebih adil.<\/p>\n \u00a0<\/strong>Bentuk surat taklik yang digunakan sekarang ini membenarkan pihak isteri menuntut cerai taklik dalam keadaan berikut: jika ia ditinggalkan oleh suami, tidak diberi nafkah oleh suami atau kelakuan zalim pihak suami. Tidak ada peruntukan yang membenarkan pihak isteri mengambil tindakan sekiranya suami berkahwin poligami tanpa izinnya.<\/p>\n Pandangan bahawa pihak suami patut terikat dengan syarat perjanjian perkahwinannya tidak akan mengahwini perempuan lain selagi masih berkahwin dengan isteri sedia ada, bukanlah pandangan baru yang dikemukakan oleh para modernis. la adalah pandangan Hanbali yang telah diterimapakai, dan diikuti di berbagai negara Islam yang lain seperti Syria, Jordan, Maghribi, Mesir dan Iran. Dengan itu, pasangan yang memilih untuk memasukkan syarat ini dalam surat taklik patutlah dibenarkan berbuat demikian, dan sekiranya ia tidak dipatuhi oleh pihak suami, maka pihak isteri akan berhak untuk mendapat cerai taklik.<\/p>\n <\/p>\n \u00a0<\/strong><\/p>\n MEMORANDUM MENGENAI PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM MENGENAI POLIGAMI<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[80],"tags":[],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7518"}],"collection":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7518"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7518\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7518"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7518"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7518"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
\nKhadijah r.a. adalah secara monogami dan perkahwinan ini telah kekal sehingga akhir hayat Siti Khadijah yang telah meninggal dunia 10 tahun selepas Muhammad diwahyukan oleh Allah s.w.t. sebagai Rasul. Juga, perkahwinan Rasullah s.a.w. selepas kematian Siti Khadijah adalah dengan balu-balu dan janda-janda dan perkahwinan-perkahwinan itu dilakukan atas sebab-sebab politik dan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang berperang pada masa itu. lsteri Rasullah yang merupakan anak dara hanyalah Aishah dan perkahwinan itu pun dikehendaki oleh Allah s.w.t. Mereka yang menyarankan poligami juga telah gagal menyebut hadith yang diriwayatkan oleh lbn Majah yang menyatakan bahawa Rasullah s.a.w. tidak membenarkan Saidina Ali r.a. berkahwin dengan seorang lagi isteri “kecuali Ali fbn Abi Talib menceraikan anak aku (Fatimah), sebab dia adalah darah daging aku dan apa yang menyusahkan dan meresahkannya menyusah dan meresahkan aku juga dan apa yang memudaratkannya memudaratkan aku juga.”<\/p>\n
\noleh AI-Ouran diwujudkan di negara ini. Di negara ini pelaksanaan konsep keadilan tersebut dalam undang-undang mengakibatkan keadaan di mana keputusan untuk berkahwin lebih daripada satu tidak lagi berada di tangan kaum lelaki. Pihak berkuasa negara yang menyandang tanggungjawab mentadbirkan keadilan kini diamanahkan dengan tugas agar meneliti permohonan untuk berpoligami bagi memastikan ianya memenuhi kehendak keadilan yang dimaksudkan oleh AI-Quran. Undang-undang keluarga Islam yang diperbaharui ini telah meletakkan 5 syarat supaya keadilan terlaksana. Keizinan isteri yang sedia ada adalah satu faktor yang perlu diambilkira oleh Mahkamah Syariah.<\/p>\n\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
Syor<\/h1>\n
\n
\nsokongan majikan atau syarikat di mana dia bekerja atau bank-banknya serta juga penyata cukai pendapatan bagi membuktikan pendapatan bersihnya selepas ditolak hutang piutang dan lain-lain tanggungan;<\/li>\n
\nada, hendaklah dipanggil untuk menyokong akuan pemohon bahawa beliau mampu memberi layanan sama rata kepada semua isteri-isterinya. Akuan mulut semata-mata oleh pemohon yang dia akan memberi layanan samarata tanpa bukti dan keterangan sokongan dari saksi-saksi tidak boleh diterima. Kelakuan suami sebagai seorang Islam yang mentaati segala perintah Allah s.w.t. dan yang mengamalkan ajaran-ajaran Islam, budi pekerti atau sebaliknya dalam memainkan peranannya sebagai seorang bapa dan anak haruslah diambilkira oleh Mahkamah.<\/li>\n\n
Syor<\/h1>\n
\n
\n
\n
\n
\n