{"id":7071,"date":"2002-03-18T20:29:42","date_gmt":"2002-03-18T12:29:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=7071"},"modified":"2019-10-07T20:31:47","modified_gmt":"2019-10-07T12:31:47","slug":"bismillahirahmanirahim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/bismillahirahmanirahim\/","title":{"rendered":"Bismillahirahmanirahim"},"content":{"rendered":"

18 Mac 2002<\/p>\n

Bismillahirahmanirahim<\/p>\n

Assalamualaikum WBT<\/p>\n

Mengadap Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Majlis Raja Raja Melayu. Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon diAmpun<\/p>\n

Patik sekelian yang bertanda tangan dibawah merafak sembah memohon limpah perkenan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Majlis Raja Raja Melayu untuk memberi pertimbangan keatas kemelut penuduhan yang dibuat ke atas diri patik- patik oleh organisasi-organisasi tertentu.<\/p>\n

Patik sekelian sebagai individu yang beriltizam kuat atas landasan ajaran agama Islam sebagai ad-din amat berdukacita dan sedih degan cara, nada, isi kandungan penuduhan yang dibuat terhadap patik sekelian kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat tidak berasas dan amat bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri.<\/p>\n

Tiada seorangpun diantara patik sekelian yang dituduh telah diberi peluang atau dijemput untuk bermesyuarah atau untuk memberi penjelasan atas tuduhan tuduhan yang dibuat keatas patik-patik. Sebaliknya patik sekelian hanya mendapat tahu bahawa suatu tuduhan yang berat ke atas patik-patik telah dibuat dengan mengemukakan satu memorandum ke Majlis Raja Raja. Di manakah letaknya prinsip-prinsip keadilan yang kita akui sebagai nilai-nilai Islam?<\/p>\n

Malahan, ada di antara patik sekelian yang telah menerima ancaman maut, ancaman rogol, diganggu dan diugut melalui telefon, dan surat khabar yang dihantar ke rumah patik telah diusik dan ditabur dengan debu putih (sebagai ancaman anthrax). Tindakan-tindakan ini adalah akibat kempen benci terhadap patik sekelian.<\/p>\n

Kesediaan organisasi-organisasi tersebut memperalatkan undang-undang kononnya kerana mempertahankan Islam adalah bukti nyata tentang kekeliruan keadaan dunia Islam hari ini, dan khususnya di Malaysia. Lagipun organisasi- organisasi ini yang berlagak sebagai jaguh Islam tidak pernah dipilih oleh kaum Islam atau masyarakat am sebagai juru bicara mereka.<\/p>\n

Tindakan mereka telah merosakkan imej Islam dan membawa tanggapan salah bahawa Islam adalah agama bersifat tidak bertolak ansur yang tidak mampu menangani perbezaan pendapat.<\/p>\n

Apatahlagi, ia berlaku pada masa Malaysia serta keseluruhan dunia Islam sedang diberi imej negatif sebagai tempat dimana bertapaknya sikap tidak bertoleransi keagamaan. Tindakan kumpulan-kumpulan ini telah menguatkan lagi prasangka terhadap Malaysia dan umat Islam umumnya.<\/p>\n

Aduan patik sekelian kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Raja Raja, adalah berkaitan dengan hakikat bahawa seluruh kempen yang dibangkitkan untuk menentang patik sekelian ini tidak mengikut peraturan, serta bercanggah dengan prinsip-prinsip asas keadilan Islam:<\/p>\n