{"id":11338,"date":"2023-05-05T11:41:13","date_gmt":"2023-05-05T03:41:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=11338"},"modified":"2023-05-05T11:46:25","modified_gmt":"2023-05-05T03:46:25","slug":"polemik-lazim-malaysia-negara-islam-atau-sekular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/polemik-lazim-malaysia-negara-islam-atau-sekular\/","title":{"rendered":"Polemik Lazim: Malaysia Negara Islam atau Sekular?"},"content":{"rendered":"\n
*Artikel ini ditulis oleh Nizam Bashir<\/p>\n\n\n\n
<\/p>\n\n\n\n
Polemik sama ada Malaysia merupakan suatu negara Islam atau sekular akan bangkit dari masa ke semasa. Polemik tersebut ibarat suatu pergelutan jiwa untuk mencari dan memahami erti diri sebenar negara yang tercinta ini.<\/p>\n\n\n\n
Ia timbul baru-baru ini, namun mungkin dalam bentuk yang agak halus<\/em>, melalui luahan pendapat Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil yang disiarkan oleh Berita Harian pada 29.03.2023 dengan tajuk: \u201cSalah faham status Malaysia negara Islam, sekular perlu diperbetulkan<\/em>\u201d. (Pautan: https:\/\/www.bharian.com.my\/rencana\/lain-lain\/2023\/03\/1083225\/salah-faham-status-malaysia-negara-islam-sekular-perlu) <\/p>\n\n\n\n Bagi golongan yang menyatakan Malaysia adalah suatu negara Islam, pendirian mereka lazimnya berasaskan:<\/p>\n\n\n\n Namun, ini tidak bermaksud bahawa tiada asas untuk pihak-pihak lain berhujah bahawa Malaysia adalah suatu negara sekular. Perkara-perkara yang membuktikan bahawa Malaysia adalah suatu negara sekular disokong oleh hakikat bahawa:<\/p>\n\n\n\n Apa yang mula menjelma dari perenggan-perenggan di atas adalah sebenarnya persoalan samada Malaysia adalah suatu negara Islam atau suatu negara sekular mungkin lebih kompleks dari apa yang difikirkan. Ini tidak semestinya merupakan suatu masalah dan apa-apa pertikaian atas isu ini mungkin terbit secara utamanya dari tafsiran perkataan sekular, yang sebenarnya memiliki suatu julat makna atau maksud<\/em>, dan cara di mana sekularisme patut dilaksanakan menurut apa yang dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n Namun, kompleks atau tidak<\/em>, apa yang sememangnya jelas adalah model sekularisme di Malaysia bukan seperti yang didokong di negara Perancis, yang juga memiliki suatu perlembagaan bertulis<\/em>, di mana sekularisme di negara tersebut dilaksanakan dengan lebih tegas dan memiliki kesan untuk melarang Kerajaan dari terbabit dalam hal ehwal agama serta melarang pengaruh Kerajaan di dalam isu-isu bersangkutan dengan agama.<\/p>\n\n\n\n Jadi, selain dari apa yang dibentangkan di dalam perenggan-perenggan di atas<\/em>, apa yang dimaksudkan apabila mana-mana pihak berhujah dan menyatakan Malaysia ini suatu negara sekular? Bagi penulis, sekularisme (atau mungkin lebih tepat dinyatakan sebagai kuasi-sekularisme<\/em>) di Malaysia perlu difahami sebagai bermaksud bahawa wujud had dalam pelaksanaan Islam dari segi undang-undang di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n Had tersebut bukan suatu khayalan semata-mata tetapi wujud dari segi undang-undang dan secara ringkas\u2013 khususnya apabila isu yang ingin disentuh tidak berkait rapat dengan suatu isu teras ibadah dalam Islam<\/em> – kerangkanya adalah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n Walaupun ia tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi bagi penulis, hikmah di sebalik kewujudan kerangka tersebut mungkin bertujuan untuk memastikan agama Islam tidak digunakan untuk tujuan politik dan memastikan suatu tabir yang memadai wujud berkenaan pelaksanaan Islam di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n Hakikat bahawa sempadan sebegini perlu bukan suatu yang asing. Ketua-ketua Agama negara kita sendiri telah mengutarakan pandangan mereka berkenaan isu ini, meskipun melalui cara yang lebih halus<\/em>, dan yang mana sebagai contoh boleh dilihat dari:<\/p>\n\n\n\n Akhir kata bagi penulis, hakikat bahawa wujud aspek sekular dan aspek keagamaan di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya merupakan punca pertelingkahan antara mana-mana pihak atau puak. Sebaliknya, ia patut dijadikan suatu perkara untuk diraikan dan jawapan yang dicapai dalam keadaan-keadaan tertentu tidak semestinya merupakan suatu jawapan yang binari atau berbentuk \u201czero sum game<\/em>\u201d.<\/p>\n\n\n\n Seperti yang Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi pernah kata:<\/p>\n\n\n\n \u201cTuhan mengubah perasaanmu dari satu keadaan ke keadaan lain dan mengajar melalui lawan-lawannya agar kamu mempunyai dua sayap untuk terbang, bukan hanya satu. (\u201cGod turns you from one feeling to another and teaches by means of opposites so that you will have two wings to fly, not one.<\/em>\u201d)<\/p>\n\n\n\n Malaysia juga memiliki dua \u201csayap<\/em>\u201d dalam Perlembagaan Persekutuannya iatu \u201csayap<\/em>\u201d sekular dan \u201csayap<\/em>\u201d keagamaan.<\/p>\n\n\n\n Tanpa terhilang pandang bahawa wujud suatu kerangka khusus di dalam Perlembagaan tersebut sepertimana yang telah dinyatakan di atas, kedua-dua \u201csayap<\/em>\u201d tersebut wajar digunakan oleh negara yang tercinta ini agar ia terus terbang dan sentiasa maju ke hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" *Artikel ini ditulis oleh Nizam Bashir Polemik sama ada Malaysia merupakan suatu negara Islam atau sekular akan bangkit dari masa ke semasa. Polemik tersebut ibarat suatu pergelutan jiwa untuk mencari dan memahami erti diri sebenar negara yang tercinta ini. Ia timbul baru-baru ini, namun mungkin dalam bentuk yang agak halus, melalui luahan pendapat Prof. Madya […]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":11530,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[17,136],"tags":[],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11338"}],"collection":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11338"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11338\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11339,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11338\/revisions\/11339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11338"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11338"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sistersinislam.org\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11338"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}