{"id":11133,"date":"2022-03-23T10:26:00","date_gmt":"2022-03-23T02:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sistersinislam.org\/?p=11133"},"modified":"2022-07-07T10:48:56","modified_gmt":"2022-07-07T02:48:56","slug":"sis-legal-dignity-dan-jfs-melancarkan-laporan-mengenai-enakmen-kanun-jenayah-syariah-kelantan-i-2019","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sistersinislam.org\/sis-legal-dignity-dan-jfs-melancarkan-laporan-mengenai-enakmen-kanun-jenayah-syariah-kelantan-i-2019\/","title":{"rendered":"SIS, Legal Dignity dan JFS Melancarkan Laporan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019"},"content":{"rendered":"\n

Sisters in Islam (SIS), Legal Dignity dan Justice for Sisters (JFS) hari ini telah melancarkan sebuah laporan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019 yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2021.<\/p>\n\n\n\n

Laporan itu memberi fokus kepada pindaan Enakmen tersebut yang kini mempunyai 68 seksyen; 33 seksyen baru ditambah daripada Enakmen 1985 yang dahulunya mempunyai 35 seksyen. Enakmen ini juga menjelaskan bahawa hukuman maksimum di bawah bidang kuasa mahkamah syariah adalah denda sebanyak RM5,000, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan.<\/p>\n\n\n\n

Enakmen ini bermasalah, berlebihan, tidak perlu dan membazirkan sumber kerana ia memperkenalkan 31 bidang jenayah yang baru, yang kebanyakannya berada di luar bidang kuasa negeri dan melanggar hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara seksyen yang terkandung di dalam enakmen baru ini adalah mendedahkan aurat di tempat awam (Seksyen 23), penukaran gender[1]<\/sup><\/a> (Seksyen 19), sebarang bahan yang memabukkan (Seksyen 36) yang bertindih dengan Akta Dadah Berbahaya, derhaka kepada ibu bapa (Seksyen 33) dan lain-lain. Ia juga mengembangkan kuasa Mahkamah Syariah dengan memperkasakan mahkamah ini untuk menggantikan atau menambahkan hukuman \u201calternatif\u201d seperti khidmat komuniti dan\/atau pemulihan yang melangkaui apa yang dibenarkan di bawah Akta 355.<\/p>\n\n\n\n

Dengan penguatkuasaan Enakmen 2019, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Mahkamah Syariah berkuasa untuk melaksanakan Enakmen tersebut dengan mengambil tindakan terhadap pelbagai bidang yang enakmen ini menghukum kerana ia membenarkan pengawalan dan campur tangan kerajaan dalam semua aspek kehidupan seseorang – daripada identiti, tubuh badan, kepercayaan, pemikiran dan kelakuan sehinggalah ke perhubungan yang dipupuk, lantas menjejaskan pelbagai golongan seperti perempuan, kanak-kanak, belia, individu LGBTQI, aktivis hak kemanusiaan dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n

Laporan ini menganalisis Enakmen 2019 melalui kerangka hak kemanusiaan dan perlembagaan serta menjelaskan mengapa enakmen ini bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Persekutuan sedia ada yang lain seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Dadah Berbahaya dan lain-lain. Antara dapatan daripada laporan termasuk:<\/p>\n\n\n\n