Tag: Malay

JAG mengesa penangguhan segera bagi hukuman korporal dan penyelesaian krisis dalam sistem keadilan

Berikutan hukuman sebat dua orang wanita di Terengganu, Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan beberapa organisasi masyarakat sivil menggesa kerajaan Malaysia untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman korporal dengan kadar segara. Hukuman sebat yang dilaksanakan di khalayak umum di mahkamah pada 3 September menandakan suatu anjakan yang meruncingkan dalam perlaksanaan hukuman korporal, yang telah mengejutkan…

Pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga dialu-alukan; sekarang tingkatkan penguatkuasaan

Kenyataan akhbar, 4 April 2017 Kami menyokong Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang dibentangkan di Parlimen semalam. Memandang ke hadapan, kita perlu mengukuhkan penguatkuasaan dan mempertingkatkan lagi undang-undang. Pindaan-pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT) ini adalah positif. RUU ini akan: 1. Mencegah jurang perlindungan. Perintah perlindungan interim (IPO) melindungi mangsa semasa…

Kod Pakaian Terengganu Kenyataan Akhbar

Peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Terengganu terhadap wanita Islam yang mewajibkan mereka memakai tudung memang sudah diduga oleh Sisters In Islam. Seperti Kerajaan Pas di Kelantan, Taliban di Afghanistan, dan para ulama konservatif yang pernah menguasai Iran, parti-parti Islam yang menang dan berkuasa memang selalunya memilih untuk mengatur dan mengawal pakaian dan kehidupan sosial wanita…

Kesopanan dan Kesederhanaan Pakaian dalam Islam

Kontroversi baru-baru ini di sekitar penangkapan dan pendakwaan tiga peserta Muslim pertandingan ratu cantik Miss Malaysia Petite, telah mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Hamid Othman, memanggil kesemua ketua jabatan agama Islam negeri untuk menghadiri satu mesyuarat pada bulan ini bagi menyelaraskan garis panduan dan cara penguatkuasaan undang-undang mengenai pakaian dan kelakuan orang-orang…

Akta Keganasan Rumahtangga Dan Percanggahan Bidangkuasa

Merujuk kepada surat Dr. Rahmah Hashim, Ketua Biro Hal Ehwal Wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (New Straits Times, 11 Mei 1996), kami ingin membuat keyataan berikut: Tentangan yang terdapat terhadap Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (AKR) nampaknya berkisar di sekeliling persoalan percanggahan bidangkuasa di antara Mahkamah Syari’ah dan Mahkamah Sivil. Telah berkali-kali dinyatakan bahawa keganasan rumahtangga…

X