Tayangan Amal

Disalurkan Kepada

Diterbitkan oleh Red Communications dan ditulis serta diarah oleh 4 orang perempuan Malaysia, SEBALIK BAJU menceritakan tentang tarikan, kemusnahan dan pemerkasaan media sosial bagi 6 orang perempuan yang mampu mengubah kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik atau lebih teruk. Watak-watak ini mewakili perempuan Malaysia yang sedang memperkasakan diri ketika menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

Sumbangan Tiket

Jangan Ketinggalan!

Sesi soal jawab bersama penerbit, pengarah dan pelakon SEBALIK BAJU!

Dapatkan tiket anda dan pautan Vimeo untuk menonton filem ini akan dihantar ke emel bersama kata laluan.

Sinopsis Filem

Hak Peribody

DAHLIA (Nadiya Nisaa), seorang penulis terasa kehilangan apabila syarikat majalah perempuan yang beliau bekerja telah tutup perniagaan. Beliau menyalahkan media sosial kerana ramai orang bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara seorang suami dan isteri, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan yang menjual pakaian dalam perempuan yang seksi untuk menghangatkan perhubungan antara suami isteri. “Hak Peribody” ditulis dan diarah oleh  Junad Muhammad Nor.

Love Clicks

HANNAH (Elena Moujing) yang sentiasa menggunakan platform digital merasakan beliau telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang beliau telah kenal di aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. Masalahnya adalah, beliau tidak tahu bagaimana rupa pengguna tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja. “Love Clicks” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.

Bukan Salah Ibu Mengandung

Dalam “Bukan Salah Ibu Mengandung,” punca pendapatan blogger kecantikan MYRA (Juliana Evans) dan suami yang merupakan pengurusnya, IRFAN (Aliff Satar) kini tergugat disebabkan beliau sedang mengandung anak pertama mereka. Disebabkan hormon yang tidak stabil, Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik yang menyebabkannya untuk mendapat amaran daripada kliennya. “Bukan Salah Ibu Mengandung” ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarah oleh Umie Salwana Omar.

Dalam Kain

SIERRA (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana beliau gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat-nasihat perkahwinan. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya telah terjumpa akaun suaminya di aplikasi cari jodoh, “Hunny Bunny” dan menyebarkan berita tersebut di media sosial. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. Sierra mengambil keputusan untuk mengikut rancangan rakan baiknya untuk mengetahui jika suaminya benar-benar sedang curang terhadapnya. “Dalam Kain” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.

Angkat Kaki

“Angkat Kaki” menceritakan tentang ARIA (Mira Filzah), yang berkeinginan tinggi untuk mempunyai sebuah karier berbanding berkahwin dan mempunyai suami. Akan tetapi, bapa Aria yang merupakan seorang yang konservatif dan terlalu melindungi anak tidak bersetuju dengan keinginan Aria dan merasakan bahawa seorang perempuan tidak seharusnya bekerja dengan bersungguh-sungguh. “Angkat Kaki” ditulis dan diarah oleh Afiza Asram.

Aset

“Aset” menceritakan tentang SALINA (Kaka Azraff) yang sentiasa berasa risau dan malu tentang saiz payudaranya iaitu saiz DD. Beliau berasa lebih terganggu apabila rakan sekerjanya berkongsi gambarnya di media sosial. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ketika berada di dalam bas, beliau duduk di sebelah SALLY (Joanne Kam), seorang perempuan yang lantang dan peramah. Perjumpaan secara tidak sengaja ini telah menukarkan pandangan Salina terhadap kehidupannya. “Aset” diarah oleh Afiza Asram dan ditulis oleh Rafidah Abdullah.

Dapatkan Tiket Anda

Nama penuh berdasarkan kad pengenalan anda
RM
Untuk tujuan pengecualian cukai, nombor K/P anda akan dinyatakan dalam resit derma.
Pembayaran melalui