Sumbang Mahram

11 April 2001
Sisters in Islam (SIS) menyambut baik cadangan daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail supaya digubalkan peruntukan khas dalam Kanun Keseksaan berhubung jenayah sumbang muhrim.
Menyedari hakikat jenayah ini semakin kerap berlaku dan mendapat kutukan hebat daripada masyarakat, semua percaya bahawa hukuman minimum bagi sumbang muhrim perlu ditambah agar melebihi lima tahun sepertimana yang dikenakan bagi jenayah rogol. Para bapa yang melakukan kesalahan tersebut dimestikan melalui sesi kaunseling untuk memastikan dirinya daripada mengulangi jenayah yang sama ke atas keluarganya.
SIS juga menyarankan kerajaan agar mengkaji semula percanggahan peruntukkan Kanun Keseksaan dengan Kesalahan Jenayah Syariah. Di bawah undang-undang ini, sumbang muhrim adalah jenayah yang berasingan. Pertindihan perundangan ini lelaki yang merogol anak-anak perempuannya boleh dituduh sebagai melakukan sumbang muhrim di bawah undang-undang Syariah, di mana hukuman maksima cuma dua tahun penjara dan denda RM3,000. Hukuman ini tidak menggambarkan jenayah tersebut adalah perbuatan yang keji dan dikutuk oleh masyarakat.
Tahun lepas, satu kes di Kelantan, kedua bapa dan anak perempuannya yang berumur 17 tahun telah dituduh melakukan sumbang muhrim di bawah Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan. Keadilan akan dapat ditegakkan sekiranya bapa tersebut didakwa di bawah jenayah rogol di bawah Kanun Keseksaan, di mana bapa tersebut akan dikenakan penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Namun, bapa yang berumur 36 tahun itu cuma dipenjarakan selama dua tahun, denda RM4,000 dan dua kali sebatan jika mengaku melakukan sumbang muhrim dan mukaddimah zina.
SIS juga memandang mengambil berat tentang dakwaan sumbang muhrim ke atas anak perempuan tersebut, di mana kesalahan tersebut adalah kecil di bawah undang-undang Sivil, tetapi dia dihukum sebagai seorang dewasa di bawah undang-undang Syariah. Anak perempuan tersebut yang pada mulanya merayu tidak bersalah, akhirnya mengambil keputusan mengaku bersalah. Mahkamah mengarahkannya untuk berperangai baik di bawah jagaan ibunya selama setahun. Oleh kerana ibunya tidak dapat membayar denda sebanyak RM1,000, mahkamah menjatuhkan hukuman meletakkannya di rumah pemulihan selama setahun.
The failure of the Syariah judicial officers to understand the dynamics of power relationship led to the prosecution of a daughter, a victim of sexual abuse by the father, as if she was an equal perpetrator and willing partner in the crime.
Para pendakwa Syariah menganggap kanak-kanak perempuan tersebut bersetuju untuk melakukan jenayah itu dan oleh kerana itu, dia dianggap sebagai pesalah dan bukannya mangsa, dan ini adalah tidak adil. Kanak-kanak perempuan tersebut adalah seorang juvenil di bawah kuasa dan penjagaan bapanya. Apa yang gagal difahami oleh para pegawai kehakiman Syariah adalah betapa perhubungan kuasa menyebabkan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai mangsa deraan seks daripada ayahnya sendiri, seolah-olah kanak-kanak perempuan tersebut sebagai (incomplete?)
Menurut Perlembagaan Persekutuan, jenayah merupakan hal ehwal persekutuan dan usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan pertindihan bidang kuasa dan percanggahan undang-undang Sivil dengan undang-undang Syariah kerana ini akan mengakibatkan ketidakadilan dan penderitaan kepada keluarga-keluarga dan mangsa-mangsa yang terlibat.
SIS menggesa kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri dari persatuan-persatuan wanita dan NGO lain untuk mengkaji dan membincangkan mengenai masalah ini.

Zainah Anwar
Executive Director
Sisters in Islam
11 April 2001

Please follow and like us:
X