No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

PROSES RUNDINGAN TERHADAP PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 2005

PROSES RUNDINGAN TERHADAP PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 2005

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini.  Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).

Kami berbesar hati bahawa ulasan-ulasan kami, yang dibuat berdasarkan hasil kajian mendalam yang dilakukan oleh pelbagai pakar undang-undang Islam di seluruh dunia, telah  diambilkira dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Setelah meneliti reaksi pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pandangan-pandangan dari JAG, Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak mewartakan Undang-undang Keluarga Islam sehingga kajian menyeluruh dilakukan.  Kami juga amat menyambut baik inisiatif Peguam Negara yang seterusnya menjalankan proses rundingan dengan pelbagai pihak termasuk JAG dalam usaha mengkaji semula Pindaan UUKI 2005 ini.  Setakat ini, sebanyak 3 (tiga) rundingan telah dilakukan dan input-input dari pihak kami telah pun diperbincang dan dipertimbangkan.

Proses rundingan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara ini mencerminkan suatu proses yang telus dan terbuka, sejajar dengan prinsip demokrasi . Pada masa ini, pihak kami sedang menumpukan perhatian terhadap proses rundingan yang masih sedang berjalan setakat ini.

Kami harap Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2005 yang akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2006 ini akan menerapkan segala prinsip keadilan dan kesamarataan gender sejajar dengan komitment Kerajaan.

 

Maria Chin Abdullah
Executive Director
Women’s Development Collective

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG):

Sisters in Islam (SIS)
All Women’s Action Society (AWAM)
Women’s Aid Organisation (WAO)
Women’s Centre for Change Penang (WCC)
Women’s Development Collective (WDC)
MTUC – Women’s Section

Februari 15 2006

 

 

 

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email