No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Pindaan Kesamarataan Hak

Sisters In Islam sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk memasukkan “seks/jantina” supaya ia tidak lagi majadi alasan bagi mendiskriminasi wanita.

Pindaan perlembagaan ini adalah suatu langkah penting bagi melaksanakan komitmen Kerajaan untuk menegaskan prinsip kesamarataan di antara kaum lelaki dan wanita di Malaysia. Adalah diharapkan bahawa semua kaum wanita di Malaysia, Muslim dan bukan-Muslim, tidak lagi akan dikenakan diskriminasai atas alasan agama dan jantina.

Semasa menggubal pindaan perlembagaan tersebut, Sisers in Islam berharap ungkapan “diskriminasi terhadap wanita” akan menerimapakai takrif dalam Perkara 1 Konvensyen Penghapusan sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang telah mengatakan bahawa diskriminasi terhadap wanita bererti sebarang perbezaan, pengecualian atau pembatasan yang dibuat berdasarkan seks yang mempunyai kesan atau bertujuan untuk melemahkan, membatalkan pengiktirafan, kenikmatan atau pelaksanaan oleh wanita, tanpa mengira taraf perkahwinannya, berdasarkan konsep persamaan antara lelaki dan wanita, akan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas dalam bidang politik, ekonomi, social, budaya, sivil atau apa-apa bidang lain.

Ini bermakna kalaupun sesuatu undang-undang tidak dengan sengaja bertujuan untuk mendiskriminasi wanita, tetapi jika kesan perlaksanaan undang-undang tersebut menafikan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita, maka undang-undang itu tetap dianggap sebagai mendiskriminasika wanita.

Sejak pertengahan tahun 1980an, pertubuhan-pertubuhan wanita telah menyerahkan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menghentikan penggunaan undang-undang yang mendiskriminasi wanita di dalam sistem syariah dan sivil. Merujuk kepada sistem syariah, SIS bersama persatuan wanita lain telah menyerahkan tiga memorandum tentang diskriminasi terhadap wanita dan pencabulan hak asasi di dalam undang-undang keluarga Islam dan pentadbiran keadilan dalam sistem syariah, Akta Undang-undang Jenayah Syariah dan Enakmen Hudud di Kelantan.

SIS begitu mengambil berat tentang penyalahguanaan agama yang sering mengekalkan diskriminasi terhadap wanita Islam yang dinafikan hak mereka untuk menikmati perkembangan hak-hak yang diperolehi oleh wanita bukan Islam. Sebagai contoh, pindaan ke atas Akta Penjagaan Kanak-Kanak yang memberi hak penjagaan yang sama kepada bapa dan ibu ke atas anak-anak hanya terpakai untuk mereka yang bukan beragama Islam kerana wanita Islam tertakluk di bawah Undang-undang Syariah. Di bawah undang-undang syariah yang sedia ada sekarang, hanya kaum lelaki diiktiraf mempunyai hak penjagaan.

Walaupun sebagai langkah jangka pendek untuk menangani masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu Islam, Kerajaan telah mengeluarkan perintah pentadbiran (administrative directive) di mana para ibu untuk masa sekarang dibenarkan menandatangani sebarang dokumen kerajaan yang memerlukan tandatangan penjaga berkenaan dengan hal anak-anak, adalah diharapkan agar hak ibu-ibu Islam sebagai penjaga yang sah terhadap anak-anak mereka akan diiktiraf secara jelas melalui undang-undang dengan langkah untuk memastikan tidak wujud lagi sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita.

Sisters In Islam

 

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email