• No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Wanita dan Remaja – Kunci Menghalang Pelampau Ekstrim

“Kita perlu faham mengapa orang menjadi radikal sehingga menjadi pelampau yang ekstrim, dan meletakkannya pada perspektif wanita dan belia,” kata Pengasas dan Pengarah Komuniti Muslim Universal Malaysia, Aizat Samsuddin.

Kunci untuk mengatasi keganasan secara berkesan adalah menumpukan kepada realiti harian
wanita dan belia di peringkat asas fundamentalisme dan ekstremisme, bukan menggunakan
pendekatan mengenal pasti dan menghukum pengganas, kata Aizat.

Pengertian ekstremisme atau terrorisme telah sangat dipolitikkan serta ditentukan oleh pemain
politik dan agama. Ini telah mengabaikan platform dari mana individu-individu itu timbul, kata
Aizat lagi.

Beliau berkata tumpuan sekarang adalah kepada tiga kelemahan utama iaitu kemiskinan,
masalah keluarga dan kebencian belia. Ini telah membuatkan mereka menjadi terbuka untuk
menerima ideologi politik-agama yang kuat yang ditawarkan oleh orang-orang seperti Jemaah
Islamiah, dan ‘The Islamic State’. Ini selaras dengan keinginan mereka yang anti ‘establishment’
serta mahu mencapai matlamat hidup yang ideal mengikut acuan mereka.

“Wanita juga adalah sasaran pelaku ekstremisme. Bagi wanita, ini bermakna menerima sahaja
rangka patriarki dan terpaksa taat kepada suami. Ini mengalakkan lagi penindasan terhadap
wanita menerusi sistem ‘Patriaki’, menghadkan keberkesanan di tempat kerja, mengurung
mereka di dalam rumah serta menjadikan mereka komoditi dan hamba seks.

Aizat menyeru kerjasama dalam pengumpulan data untuk mendalami sikap dan minda belia,
untuk mencari punca peningkatan konservatisme. Aizat adalah salah seorang ahli panel pada
Mesyuarat Kaukus Pemuda Serantau bertajuk ‘Menetapkan Belia dan Memimpin Agenda dalam
Penentangan Extremisme Dalam Konteks Hak-Hak Wanita’ yang sedang berlangsung di Kuala
Lumpur.

Kezaliman patriarki sebagai perangkap transgender juga lazim di Indonesia. Lelaki transgender
dipaksa mengubah cara hidup untuk menjadi lebih maskulin dalam perlakuan. Juga persepsi
mereka untuk memperlihatkan tingkah laku dan perspektif yang patriarki dan maskulin. Dan
akan diperhatikan jika mereka menyokong hak-hak wanita secara terbuka.

Sekiranya didapati bersalah, mereka mungkin menghadapi penganiayaan fizikal dan dihina
secara terbuka, kata Amar Alfikar, salah seorang lagi ahli panel. Seorang lelaki trans (Trans
Man), di Indonesia sering dipinggirkan oleh kariah masjid, justeru terpaksa mencari masjid
yang dapat menerima mereka untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat.

“Saya mencabar komuniti untuk bergerak dari trend patriarki ke perspektif persamaan, lebih
menghormati wanita, dan memikirkan kesaksamaan gender melalui teks klasik seperti yang
terkandung dalam hadis,” kata Amar, yang merupakan Naib Ketua Pesantren Nurul Hidayah.
Fenomena sama berlaku di Singapura secara tersembunyi dengan kenaikkan dalam
Islamophobia, pandangan masyarakat mengenai kod pemakaian wanita serta contoh-contoh
lain, kata penyelidik dari Singapura, Nurshirah Tabrani.

Elemen progresif ini meletakkan guru Agama wanita (ustazah), di barisan hadapan untuk
menentang ideologi yang radikal yang disembunyikan oleh mereka. Mereka seolah-olah mahu
melahirkan struktur patriarki daripada mencabar tafsiran Islam yang menyokong patriarki.

“Terdapat kekurangan badan pelajar Muslim di universiti yang terlibat dengan wacana gender
dan seksualiti. Harus ada keperluan untuk memahami persilangan isu gender dan pelbagai
struktur yang bergandingan untuk membahayakan wanita,” kata Nurshirah.

Walaupun dia menyokong belia menjadi agen utama perubahan, Nurshirah mengingatkan
“Kumpulan aktivis belia agar tidak membenarkan idealisme Barat menentukan cara kerja
mereka. Tetapi harus fokus kelestarian, bukan penyelesaian yang hanya untuk jangka masa
pendek.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on google
Google+