No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

SIS Membantah Pelantikan Shahidan Kassim Dalam Jawatankuasa Parlimen Bagi Wanita

Kenyataan akhbar ini merupakan respon mengenai pelantikan wakil rakyat Arau, Datuk Shahidan Kassim sebagai anggota jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berkenaan hal ehwal wanita dan kanak-kanak dan pembangunan sosial. Pautan: https://www.malaymail.com/…/previously-charged…/1940274 (Tajuk: Previously charged with molest, Shahidan’s inclusion in select committee on women, children’s affairs slammed; Terjemahan: Didakwa dengan pertuduhan cabul, pelantikan Shahidan sebagai anggota jawatankuasa pilihan khas parlimen berkenaan hal ehwal wanita dan kanak-kanak dibantah.)

Sisters in Islam (SIS) membantah keras pelantikan wakil rakyat Arau, Datuk Shahidan Kassim sebagai anggota jawatankuasa pilihan khas parlimen (Parliament Select Committee) berkenaan hal ehwal wanita dan kanak-kanak dan pembangunan sosial. Bantahan ini adalah berdasarkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Shahidan yang telah dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 pada 2018 kerana telah mencabul kanak-kanak perempuan yang berusia 15 tahun.

Jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berkenaan hal ehwal wanita dan kanak-kanak dan pembangunan sosial mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak dengan mengkaji semula undang-undang yang berdasarkan keganasan yang berdasarkan gender dan penderaan kanak-kanak.

Menurut wakil rakyat Lanang, Alice Lau, pada mulanya, Shahidan Kassim adalah salah satu daripada dua orang ahli parlimen yang telah membantah dan menolak penubuhan jawatankuasa khas ini. Walaupun tuduhan terhadap Shahidan telah digugurkan oleh Mahkamah Sesyen Kangar pada tahun 2019 kerana keluarga mangsa enggan meneruskan kes dan telah menarik balik kes tersebut, namun ini menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti beliau untuk memegang tempat dalam jawatankuasa yang tertumpu kepada perlindungan, hak serta hal-ehwal wanita dan kanak-kanak, sebuah jawatankuasa yang tidak disokong beliau dari awal lagi.
Selain Sisters in Islam, lebih 90 buah organisasi wanita, kanak-kanak dan NGO-NGO serta individu-indiviu yang lain turut membantah pelantikan ini. (Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3646333335447926&id=219297391484888) Mereka yang terlibat dalam pelantikan anggota jawatankuasa ini mesti mengambil kira tindakbalas yang ditunjukkan oleh rakyat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain mengenai pelantikan awal Datuk Shahidan Kassim. Respon yang ditunjukkan membuktikan bahawa kesalahan pelantikan ini merupakan sesuatu yang amat serius dan tidak harus dipandang remeh. Kenyataan Datuk Shahidan Kassim untuk menarik diri dari jawatankuasa ini adalah tindakan yang tepat. (Rujukan: https://www.thestar.com.my/…/shahidan-seeks-to-be…)
Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email