• No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pembela Hak Asasi Manusia Muslim Wani Memacu Kearah Perubahan Globalisasi Sosial

Hari kedua Persidangan Islam Dipertahan: Wanita Bangkit Menentang Ekstremisme yang
dianjurkan oleh Sisters In Islam dimulakan dengan sesi panel pemikiran yang membangkitkan
perjuangan Wanita Muslim sebagai Pembela Hak Asasi Manusia (WMPHAM).

Ahli Panel dari Malaysia, Perancis dan; Sudan dengan tegas dan terperinci, mendedahkan
halangan dan gangguan yang dihadapi WMPHAM bersama strategi yang boleh dilakukan.
Rozana Isa, Pengarah Eksekutif SIS, memberi tumpuan kepada pengawasan harian pembela hak asasi manusiamelalui undang-undang patriarki; dasar di Malaysia. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), Pencegahan Akta Jenayah,
Pencegahan Akta Keganasan dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah hanya sebahagian
daripada undang-undang yang dikenakan keatas pembela hak asasi manusia, terutamanya
wanita Muslim Malaysia, dianggap menyimpang dan tidak masuk akal.

Pihak Berkuasa Agama Negeri berterusan cuba melemahkan Perjuangan WMPHAM Malaysia
dengan tidak memberi persetujuan untuk privasi atau hak seorang Muslim sebagai
warganegara. Ini dilihat berulang kali dalam tindakan JAKIM dalam melakukan serbuan
terhadap pasangan yang berkhalwat.

Rozana berkongsi keinginan WMPHAM untuk mewujudkan satu Tatacara Tindakan (SOP)
sekiranya berlaku kejadian serbuan, mengekalkan hubungan kerja bersama wartawan,
mewujudkan sebuah rangkaian solidariti dalam talian yang kuat, ‘menolak tangan-tangan ghaib’
dan tidak lupa juga pendekatan secara psikologi dalam menangani perjuangan menegakkan
hak wanita Muslim dalam Islam.

Hala Al-Karib, pembela hak wanita dan gadis dari Sudan hanya boleh menyertai perbualan
melalui Skype, untuk sebab yang sangat menyedihkan. Sekatan perjalanan telah dikenakan
keatasnya oleh Rejim Militan Islam, yang memerintah di Sudan. Ia disebabkan oleh persepsi
pemerintah kononnya feminisme Islam menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau menekankan ‘keperluan untuk menghormati pejuang wanita Sudan ketika berdepan
dengan segala rintangan dan cabaran untuk mengiktiraf apa sahaja yang belum selesai’,
berkongsi peranan yang telah dilakukan WMPHAM untuk melemahkan kuasa kerajaan sejak
pemberontakan pada Disember 2018.

Hala berkongsi bagaimana wanita Sudan berjaya membentuk 70% pembantah terhadap negara
mereka, yang telah membina budaya diskriminasi gender selama ini. Semua ini, termasuk mewujudkan politik identiti dan militan Agama yang bercanggah untuk menakut-nakutkan wanita Muslim Sudan melalui kepolisan moral yang melampau, penghinaan awam dan kawalan ke atas kebebasan untuk bergerak, pemakaian dan bersosial dan berinteraksi antara gender secara normal.

Sarah Marsso, Penyelaras Kumpulan Kerja Pengetahuan dan Pembangunan Musawah
menyedarkan dan mendedahkan rumitnya menjadi seorang wanita Muslim di negara-negara
Eropah yang berfahaman sekular.

Berkongsi pengalaman dalam kehidupannya sebagai wanita Arab Muslim, Sarah memberi
tumpuan bagaimana hak wanita dirampas, pandangan terhadap wanita Muslim Perancis,
media, lelaki dan wanita kulit putih dikurangkan dan kini tumpuan hanya perbincangan
mengenai Hijab.

Ini terpesong dari meneliti dan menangani isu diskriminasi gender yang kritikal dengan
penunjuk statistik yang mengejutkan. Wanita Muslim merangkumi 80% daripada semua
mangsa serangan fizikal yang dilaporkan terhadap orang Islam di Perancis.

Sarah mencadangkan agar feminis Muslim menuntut hak dengan membina ruang yang selamat
untuk tujuan penyelidikan, mewujudkan pengisian yang tertumpuan kepada Islam menerusi
pandangan orang Islam di Perancis, menggerakkan protes dan mengambil bahagian dalam
demonstrasi pro-wanita sambil menyumbang kepada penggubalan undang-undang untuk
mendesak perubahan sistemik melalui pembongkaran undang-undang patriarki yang
ketinggalan zaman.

Moderator Masjaliza Hamzah bersetuju dengan saranan Sarah untuk pembaharuan inklusif
dengan WMPHAM bahawa wanita, lelaki, trans gender dan musuh bukan sekutu, bersama agar
lebih kuat mencabar ekstremisme.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on google
Google+