No. 4 Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.​

Desakan Segera Peranan Wanita Membanteras Ekstremisme dalam Islam

Wanita harus segera diberi peranan berserta mempunyai pengaruh peribadi dalam menghadapi gejala ekstremisme melampau walaupun berdepan pelbagai tentangan dan rintangan. Ekstremisme yang berterusan tidak harus dibiarkan lagi, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Mereka yang di barisan hadapan ekstremisme dalam Islam, seringkali kurang diberi perhatian. Masalah ini harus diberikan tumpuan utama dalam usaha untuk mengekang ekstremisme. Ini termasuk kononnya mengukur kemewahan dan kejayaan seseorang lelaki itu, daripada isteri-isteri yang dikahwininya. Begitu juga terhadap wanita yang diaibkan di khalayak ramai kerana tidak berhijab, ulasan dalam media mengenai kononnya berhijab adalah normal,” kata Marina.

Tambah beliau, suara wanita hilang dari naratif anti-ekstremis kerana beberapa sebab. Contohnya, pelakunya kebiasaannya lelaki dan mangsa mereka wanita. Kaum lelaki dan wanita masih mengekalkan konsep lelaki itu harus memiliki kegagahan dan wanita harus mempunyai ciri-ciri feminin. Dalam diam, wanita seringkali berdepan dengan penyalahgunaan keganasan.

“Tiada titik temu antara apa yang diharapkan wanita Muslim dan apa yang mereka alami dalam realiti. Terutama sekali ketidakmampuan mereka untuk mencabar realiti kehidupan. Kita diajar bahawa apa pun terjadi, kita terpaksa menerimanya dan tiada cara ia akan berubah,” tambah Marina.

Kaum lelaki lazimnya terlepas dari hukuman setelah melakukan kekejaman terhadap wanita. Mangsa dikatakan tiada kuasa untuk mengubah keadaan. Mereka diabaikan baik di media cetak mahupun dalam talian. Mereka turut dihina ketika khutbah Jumaat dan dipaksa untuk mempertahankan diri di mahkamah apabila mereka melakukan hal yang sama.

Marina menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa “Islam DiPertahankan: Wanita Bangkit Menentang Ekstremisme” di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Sisters in Islam (SIS) dan dihadiri oleh anggota organisasi masyarakat dari lebih dari 14 negara dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan negara-negara dimana Islam adalah minoriti.

Turut hadir ialah ketua delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Maria Fernandez Castillo, Pengarah Eksekutif Musawah, Zainah Anwar dan pengarah eksekutif SIS, Rozana Isa.

Marina berkata, persidangan ini adalah peluang penting untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian penghijrahan ekstremisme, sama ada kemiskinan atau pendidikan atau sebaliknya. Terutama sekali apabila wanita seringkali menjadi mangsa dan menderita akhirnya.

Rozana mengulangi panggilan Marina untuk wanita bersuara dengan lebih kuat. “Desakan mereka yang mahu menentukan maksud Islam untuk semua kini semakin ketara. Idea dan tanggapan bahawa seorang wanita yang menuntut haknya dilihat tidak Islamik. Kumpulan hak wanita diarah berdiam, malah sekarang dengan sangsi undang-undang.Apa yang hendak dilakukan harus dibuat secara senyap-senyap. Dan ada kala mereka tidak diberi ruang disisi undang-undang.”

Persidangan tersebut juga menyaksikan pelancaran tinjauan menyeluruh di seluruh negara bertajuk : ‘Persepsi dan Realiti: Orang Awam dan Hak-Hak Peribadi Wanita Islam di Malaysia” Ia dijalankan untuk meneroka kefahaman dan semua pengalaman yang berteraskan kesamaan di kalangan wanita Islam. Tinjauan ini ditugaskan oleh SIS untuk dilaksanakan oleh IPSOS.

Share:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email